tone | nada | Sosiolinguistik | Tiada | Variasi tinggi rendah suara yang dilahirkan oleh individu bersama ujaran dalam berinteraksi yang memberikan kesan kepada khalayak pendengar. |
romantic | romantik | Kesusasteraan | Puisi | Perihal suasana hati yang tenang dan menyenangkan. Tekanan suara agak tinggi dan diselangi oleh tekanan suara yang rendah dan perlahan. Puisi ini ditujukan kepada karya seni dan sastera yang dihasilkan berdasarkan perasaan semata-mata, bukan intelek; cenderung kepada keagungan, perasaan dan kecantikan. Contohnya, puisi "Kekasih" karya Usman Awang. |
yodel | yodel | Muzik | Tiada | Gaya vokal rakyat di Switzerland dan di Austria yang melibatkan perubahan pic rendah ke pic tinggi secara laju dan lancar. Pic rendah biasanya dinyanyikan dengan suara penuh atau suara dari dada manakala pic tinggi dinyanyikan dengan suara falsetto. |
inflection | infleksi | Sains Kesihatan | Tiada | Perubahan nada suara sama ada tinggi atau rendah. |
intonation | intonasi | Kesusasteraan | Tiada | Perubahan nada suara semasa ujaran atau bercakap. Nada suara ini memperlihatkan sikap pengucap, seperti menyindir, marah dan hairan. Intonasi membezakn sesuatu ujaran itu sama ada pernyataan atau persoalan. Contohnya, pernyataan biasa seperti �kami akan pulang� boleh dijadikan sesuatu soalan dengan mengubah nada suara daripada rendah kepada tinggi. Intonasi banyak digunakan dalam deklamasi sajak, membaca gurindam dan syair. |