Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tin.jauan] | تينجاوان

Definisi : 1. perbuatan meninjau: sebelum membuat kesimpulan harus dijalankan suatu ~ utk mengetahui pendapat umum; 2. hasil drpd meninjau, pandangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tin.jauan] | تينجاوان

Definisi : hasil meninjau; pandangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tinjau
Kata Terbitan : meninjau, tinjauan, peninjau,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bespoke surveytinjauan reka khas; tinjauan khususPerniagaanTiadaTinjauan yang dibuat atau direka bentuk khas untuk kumpulan individu atau jenis pelanggan tertentu.
custom-made surveytinjauan reka khas; tinjauan khususPerniagaanTiadaTinjauan yang dibuat atau direka bentuk khas untuk kumpulan individu atau jenis pelanggan tertentu.
surface surveysurvei permukaanArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKaedah meninjau permukaan tanah dengan cara berjalan kaki di kawasan yang telah ditentukan keluasannya. Terdapat dua cara asas yang dikenal pasti, iaitu tinjauan tidak sistematik dan tinjauan sistematik. Tinjauan tidak sistematik dilakukan dengan memerhatikan data arkeologi di permukaan tanah dan merekodkannya. Manakala tinjauan sistematik melibatkan sistem grid yang membahagikan kawasan kepada beberapa petak dan ditinjau secara sistematik bagi memudahkan perekodan jumpaan pada permukaan. Hasil tinjauan menjadi asas sama ada sesuatu tapak berpotensi atau tidak untuk dilakukan ekskavasi.
pollsterpeninjau pendapat awamSains PolitikPolitik PerbandinganIndividu atau organisasi yang mengendalikan tinjauan pendapat awam. Individu atau organisasi ini bertanggungjawab memproses setiap perolehan tinjauan yang telah dibuat bagi mengumpulkan data-data untuk menghasilkan satu rumusan tinjauan pendapat. Lazimnya, rumusan tinjauan ini akan digunakan oleh parti-parti politik atau media untuk menyediakan strategi dalam menghadapi pilihan raya. Contohnya, akhbar News Straits Times dan Star sering menjadi peninjau pendapat setiap kali menjelang pilihan raya. Sinonim peninjau pengundi.
site surveytinjauan tapakArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKaedah untuk meninjau kawasan bagi mendapatkan bukti atau fenomena yang boleh membantu dalam menentukan potensi arkeologi sesuatu kawasan. Terdapat pelbagai jenis tinjauan antaranya, kaedah berjalan kaki terkawal, survei geofizik dan pengesan logam. Tinjauan ini membolehkan arkeologi mengetahui potensi dan fitur tanpa merosakkan tapak yang menjadi panduan untuk penyelidikan lanjutan.
longitudinal surveytinjauan jangka panjangPendidikanTiadaKajian tinjauan yang melibatkan pengutipan data pada waktu yang berbeza untuk mengkaji perubahan dalam tempoh masa yang panjang.
geological ground surveytinjauan bumi geologiKejuruteraanTiadaTinjauan sesuatu kawasan dengan menggunakan kaedah geologi.
opinion polltinjauan pendapatSains PolitikPolitik PerbandinganKajian pendapat yang dilakukan untuk mengetahui pandangan masyarakat terhadap sesuatu isu. Kajian ini boleh dilakukan secara soal selidik, kertas undi, telefon dan e-mel. Tinjauan ini biasanya dilakukan oleh kerajaan, parti politik, media atau golongan pendesak apabila muncul sesuatu isu. Contohnya, di Amerika Syarikat tinjauan pendapat sering dilakukan untuk melihat calon yang memiliki paling banyak sokongan semasa pilihan raya memilih presiden.
opinion surveytinjauan pendapatSains PolitikPolitik PerbandinganKajian pendapat yang dilakukan untuk mengetahui pandangan masyarakat terhadap sesuatu isu. Kajian ini boleh dilakukan secara soal selidik, kertas undi, telefon dan e-mel. Tinjauan ini biasanya dilakukan oleh kerajaan, parti politik, media atau golongan pendesak apabila muncul sesuatu isu. Contohnya, di Amerika Syarikat tinjauan pendapat sering dilakukan untuk melihat calon yang memiliki paling banyak sokongan semasa pilihan raya memilih presiden.
reconnaissance mappeta tinjauanGeologiTiadaPeta berdasarkan maklumat yang diperoleh dalam survei tinjauan dan juga berdasarkan data yang diperoleh dari sumber-sumber yang lain.
12345678910...

Kembali ke atas