enlargement | pembesaran | Matematik | Tiada | Penjelmaan yang mempunyai satu titik tetap, (yang dikenali sebagai pusat pembesaran) manakala titik-titik lain pada satah bergerak dari titik tetap itu mengikut nisbah tertentu. Nisbah pembesaran disebut faktor skala. Ciri-ciri pembesaran ialah: (i) Garis-garis yang menyambungkan pasangan titik yang sepadan pada objek dan imejnya bertemu di pusat pembesaran; (ii) Objek dan imej adalah serupa; (iii) Jika faktor skala > 1, saiz imej adalah lebih besar daripada saiz objek; (iv) Jika faktor skala < 1, saiz imej adalah lebih kecil daripada saiz objek; (v) Jika faktor skala = 1, imej ialah objek itu sendiri. |
reflection | pantulan | Matematik | Tiada | Penjelmaan yang membalikkan titik-titik satu satah terhadap suatu garis yang dikenali sebagai paksi pantulan. Ciri-ciri pantulan ialah: (i) Objek dan imej berada pada sebelah yang bertentangan dengan paksi pantulan; (ii) Objek dan imejnya mempunyai jarak yang sama dari paksi pantulan; (iii) Bentuk dan saiz imej adalah sama dengan objek, tetapi orientasinya terbalik; (iv) imej bagi suatu titik yang ada pada paksi pantulan ialah titik itu sendiri. |
curve tracing | penyurihan lengkung | Matematik | Tiada | Proses melukis lengkung yang berdasarkan langkah-langkah berikut: (i) menentukan sebilangan titik pada lengkung; (ii) menyelidiki perkara seperti simetri dan asimptot; (iii) menggunakan terbitan untuk menentukan titik genting, kecuraman, kecekungan dan kecembungan. |
Cartesian coordinate system | sistem koordinat Cartesan | Matematik | Tiada | 1. Sistem yang terbentuk apabila kedudukan suatu titik dalam satah ditentukan oleh dua paksi serenjang yang dinamai paksi-x dan paksi-y, dengan empat sukuan iaitu sukuan, I, II, III, dan IV dengan asalan 0. |
Euler�s equations | persamaan Euler | Fizik | Mekanik | Tiga persamaan pembezaan gerakan bagi jasad tegar yang (a) relatif kepada pusat jisim iaitu dengan menggunakan paksi-paksi utama jasad yang melalui pusat jisim sebagai paksi-paksi koordinat, atau (b) di sekitar suatu titik tetap iaitu dengan menggunakan paksi-paksi asas yang melalui titik tersebut sebagai paksi-paksi koordinat: (i) (ii) (iii) (dengan t = masa; A, B dan C = momen-momen inersia asas; wx, wy, wz komponen-komponen halaju sudut; Gx, Gy, Gz = komponen-komponen kilas dikenakan sekitar paksi-paksi asas OXYZ). |
penumbra | penumbra | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Bayangan luar separa gelap yang terbentuk pada filem radiografi industri apabila objek disinari dengan sinaran. Penumbra turut dikenali sebagai ketaktajaman geometri (μg) yang disebabkan oleh penetapan teknik radiografi. Saiz penumbra dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti saiz sumber sinaran, jarak daripada sumber sinaran ke media pengimejan, dan jarak dari objek ke media pengimejan. Untuk mendapatkan saiz penumbra yang optimum berdasarkan piawai, perkara-perkara yang berikut perlu dilakukan, iaitu: (i) Gunakan sumber sinaran dengan saiz titik fokus yang kecil, (ii) Tingkatkan jarak sumber sinaran dengan media pengimejan, (iii) Rapatkan objek dengan media pengimejan. Sinonim ketaktajaman. |