Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tokyo


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Tokyo Stock Exchange IndexIndeks Bursa Saham TokyoPentadbiran PerniagaanTiadaSalah satu indeks yang mengukur prestasi pasaran di Tokyo.
Tokyo Stock Exchange IndexIndeks Bursa Saham TokyoEkonomiTiadaTiada
pingpong diplomacydiplomasi pingpongSains PolitikHubungan AntarabangsaDiplomasi yang wujud sempena pertandingan pingpong pada tahun 1971 di Tokyo. Semasa pertandingan tersebut, perwakilan China menjemput pasukan Amerika Syarikat untuk melawat China. Pasukan Amerika menerima jemputan tersebut dan pergi ke China. Jemputan perwakilan China ini dianggap sebagai satu petanda bahawa Beijing ingin menjalinkan semula perhubungan dengan Amerika Syarikat. Henry Kissinger pergi ke China pada tahun yang sama dan diikuti Presiden Nixon pada tahun 1972. Oleh itu, jemputan lawatan oleh perwakilan China semasa pertandingan pingpong dianggap sebagai alat petunjuk yang penting dalam diplomasi.
axis powerkuasa paksiSains PolitikHubungan AntarabangsaGelaran yang diberikan kepada pasukan berikat pimpinan pihak Nazi Jerman yang bersekutu dengan Itali. Pakatan kuasa ini ditubuhkan pada tahun 1936. Kedua-dua kuasa ini menentang fahaman komunis serta peralihan politik Sepanyol yang menjadi negara republik. Dasar ini dimeterai dalam perjanjian pertahanan bersama yang ditandatangani pada tahun 1939. Jepun menyertai paksi ini pada tahun 1940. Tiga kuasa utama pasukan berikat ini dikenali juga sebagai Paksi Rom-Berlin-Tokyo. Selain tiga kuasa utama ini, pakatan kuasa ini turut disertai oleh Hungary, Romania Slovakia dan Bulgaria.
Nuremberg TribunalTribunal NurembergSains PolitikHubungan AntarabangsaTribunal yang terdiri daripada hakim Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Kesatuan Soviet dalam Perbicaraan Jenayah Perang pada tahun 1945�1946. Perbicaraan ini melibatkan 20 orang pegawai atasan Nazi atas kesalahan jenayah terhadap kemanusiaan semasa kekuasaan Nazi di Eropah. Beberapa orang daripada pegawai ini telah dihukum mati oleh tribunal ini. Nuremberg telah menjadi satu contoh teladan dalam perbicaraan jenayah perang, dan beberapa perbicaraan lain telah dilaksanakan selepasnya seperti perbicaraan jenayah perang Tokyo selepas kekalahan Jepun, perbicaraan Eichmann (1961) dan tribunal jenayah perang Bosnia dan Rwanda.

Kembali ke atas