torque | tork | Sains Sukan | Biomekanik | Kecenderungan untuk daya memutar objek pada suatu paksi (sendi). Secara matematiknya, tork ialah hasil darab silang bagi panjang lengan (jejari pusingan) dengan daya, yang menyebabkan putaran. Unit SI bagi tork ialah Newton meter, Nm. Sinonim daya kilas. |
disturbance torque | tork gangguan | Aeroangkasa | Tiada | Tork yang dihasilkan oleh persekitaran di angkasa yang mempengaruhi kedudukan pesawat. |
precessional torque | tork liukan | Fizik | Mekanik | Tork yang dikenakan pada suatu jasad yang berputar dan menyebabkan jasad tersebut meliuk. |
torque arch | arkus tork | Perubatan | Tiada | Dawai arkus yang telah diubahsuai bentuknya untuk mendapatkan tork yang lemah dan berterusan. |
dynamometer | dinamometer | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | 1. Alat untuk mengukur arus, voltan atau kuasa melalui daya yang dihasilkan antara gegelung tetap dan gegelung bergerak. 2. Mesin elektrik yang berputar untuk mengukur tork keluaran atau tork pemancuran dari canggaan kenyal yang dihasilkan oleh jentera yang berputar. |
angular impulse | impuls bersudut | Sains Sukan | Biomekanik | Hasil darab tork dengan masa yang juga merupakan perubahan momentum bersudut. Lihat juga tork, momentum bersudut. |
precession | liukan | Fizik | Mekanik | Suatu bentuk gerakan bagi jasad yang berputar, seperti giroskop, akibat dari tork yang dikenakan ke atasnya. Tork yang dikenakan itu cenderung untuk mengubah arah paksi putaran jasad tersebut. |
gyroscopic precession | liukan giroskop | Fizik | Mekanik | Putaran paksi spin suatu giroskop yang disebabkan oleh tork luar yang bertindak ke atasnya dengan paksi tersebut sentiasa menghala ke arah tork. |
couple | ganding | Sains Sukan | Biomekanik | Berkaitan dengan pasangan daya yang bertindak pada arah bertentangan pada paksi putaran untuk menghasilkan tork (daya kilas). Lihat juga tork. |
line of action of force | garis tindakan daya | Fizik | Mekanik | Garis lurus tak terhingga mengandungi vektor daya. Konsep ini diperkenalkan untuk memudahkan pengiraan tork suatu jasad tegar; magnitud tork bersamaan dengan jarak tegak lurus daripada paksi putaran ke garis tindakan daya didarabkan dengan magnitud daya itu. |