readthrough | pembacaan terus | Biologi | Genetik | 1. Transkripsi yang melepasi sesuatu jujukan terminator dalam DNA kerana kesilapan RNA polimerase untuk mengenali isyarat penamatan atau penceraian sementara faktor penamatan (seperti rho dalam bakteria) daripada jujukan penamatan. 2. Terjemahan yang melepasi kodon penamatan rantai (pemberhentian) sesuatu mRNA seperti dilakukan oleh tRNA supersor tak bererti. |
enhancer region | kawasan penggalak | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Satu segmen DNA pendek (50 – 1500 bp) yang dapat diikat oleh protein pengaktif atau biasanya disebut sebagai faktor transkripsi, untuk meningkatkan kadar transkripsi gen tertentu. Segmen DNA pendek ini terletak sehingga 1 Mbp (1,000,000 bp) dari tapak permulaan sesuatu gen. |
activator | pengaktif | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | 1. Faktor transkripsi yang mengaruh ekspresi gen dengan mengikat pada jujukan penggalak. 2. Molekul kecil, biasanya protein yang meningkatkan aktiviti enzim dengan mengikat pada tapak alosterik enzim. 3. Sebatian yang meningkatkan aktiviti drug atau bendasing dalam tubuh |
transcription | transkripsi | Muzik | Tiada | 1.Gubahan karya muzik berasaskan adaptasi daripada skor asal. Transkripsi ini digubah untuk sebarang alat muzik lain, selain alat atau ensembel asal. Contohnya, karya piano Mussorgsky, iaitu Pictures at an Exhibition yang ditran-skripsikan untuk orkestra oleh Ravel dan Lieder Schubert yang ditranskripsikan untuk piano solo oleh Liszt. 2.Catatan muzik berdasarkan rakaman atau persembahan secara langsung untuk penghasilan skor muzik karya yang dirakamkan atau dipersembahkan. Transkripsi juga ialah catatan dan terjemahan muzik daripada satu sistem notasi kepada sistem notasi yang lain. |
platter | piring (hitam) | Kejuruteraan | Tiada | 1. Istilah popular untuk transkripsi dan rekod fonograf.,2. Cakera rata yang menyokong rekod fonograf dan diputar oleh motor pada kelajuan malar. |
messenger RNA (mRNA) | RNA pengutus | Bioteknologi | Tiada | RNA yang memindahkan maklumat pengekod daripada nukleus kepada ribosom semasa sintesis protein. mRNA mengandungi antara 1 hingga 10 000 pasangan bes dan terbentuk daripada templat DNA, melalui transkripsi. Pada prokariot, mRNA ialah salinan terus templat DNA, manakala pada eukariot mRNA merupakan hasil transkripsi awal yang mengandungi bahagian lebihan yang terbit daripada bahagian DNA yang dikenal sebagai intron. |
gal operon | operon gal | Bioteknologi | Tiada | Unit transkripsi yang mengandungi gen bagi tiga enzim yang menukarkan galaktosa kepada glukosa-1-fosfat dan glukosa uridina difosfat. Cara pengawalannya adalah sama dengan pengawalan operon lac. |
repression | represi | Perubatan | Tiada | 1. Keadaan apabila pesakit mengelakkan diri daripada menghadapi sesuatu masalah dengan memendamkan perkara tersebut daripada pemikiran sedar kepada pemikiran subsedar. 2. Penyekatan transkripsi gen oleh protein represor. |
HTF islands | kepulauan HTF | Biologi | Genetik | Jujukan DNA sepanjang 1-2 kb yang terdiri daripada dinukleotida CG yang tidak dimetilkan, dan terdapat pada kawasan bermulanya transkripsi. kepulauan CG. |