tropism | tropisme | Biologi | Ekologi | Pergerakan pertumbuhan sesuatu tumbuhan atau bahagian tumbuhan, yang berlaku sebagai gerak balas terhadap rangsangan luar, seperti cahaya, air, dan graviti. Pergerakan ke arah rangsangan disebut tropisme positif, manakala pergerakan yang menjauhi rangsangan disebut tropisme negatif, misalnya aerotropisme, fototroprisme, dan geotropisme. |
tropism | tropisme | Kesusasteraan | Tiada | Reaksi dalaman sesuatu watak akibat rangsangan (stimulus) luaran, contohnya dalam monolog dalaman. Tropisme boleh diandaikan sebagai sebarang perlakuan yang tidak diperkatakan tetapi terlintas dalam fikiran watak walaupun sejenak. Teknik ini bermula sebagai avant garde berbentuk separa pertuturan. Pada mulanya, teknik ini digunakan dalam disiplin biologi untuk mencerminkan pengubahsuaian sesuatu organisma secara pertumbuhan, dan bukannya pergerakan setelah diberikan stimulus. Tropisme berasal daripada bahasa Yunani tropos yang bermaksud �berputar�. Lihat juga avant-garde, monolog dalaman. |
tropism | tropisme | Perhutanan | Tiada | Tiada |
tropism | tropisme | Perubatan | Tiada | Tiada |
tropism | tropisme | Biologi | Fisiologi | Pergerakan pertumbuhan yang menuju atau menjauhi sumber rangsangan. |
ethylene | etilena | Botani | Tiada | Fitohormon dalam bentuk gas yang mempengaruhi gerakan tropisme dan merencat pertumbuhan akar. Fitohormon ini juga boleh mempengaruhi proses peluruhan, kemasakan buah dan epinasti. |
gibberellin | giberelin | Botani | Tiada | Fitohormon yang merangsang proses pemanjangan batang dan percambahan, mengawal atur gerakan tropisme dan proses-proses lain. Contohnya, asid giberelik (GA). |
aerotropism | aerotropisme | Biologi | Ekologi | Gerak balas pertumbuhan yang dilakukan oleh bahagian tumbuhan ke arah kawasan yang beroksigen. Lihat juga tropisme. |