Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.jah] | توجه

Definisi : ; menujah menusuk dgn benda tajam (lembing, tombak, dll) dr atas ke bawah, meno­hok, meradak: mata pena itu cuma ditujah-tujah pd kertas; menujahkan menusukkan tombak (lembing dsb) arah ke bawah, menohokkan; tertujah ditujah oleh, tertusuk, tercucuk: kakinya ~ duri nibung; tujahan hasil menujah, tusukan: harimau itu langsung tidak menghiraukan ~ lidi sum-pitan yg bertali arus memacak pd tubuhnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.jah] | توجه

Definisi : ; menujah menusuk dgn benda tajam spt lembing, tombak; me­no­­hok; meradak. menujahkan men­cucukkan sesuatu (lembing dsb); me­nusukkan; meradakkan. tertujah telah ditusuk dgn benda tajam spt lembing, tombak; ditujah dgn tidak sengaja: Jarinya ~ duri. tujahan tusuk­an dgn benda tajam spt lembing, tom­bak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tujah
Kata Terbitan : menujah,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
thrust recesssorok tujahKejuruteraanTiadaRuang kecil di belakang bilik enjin utama yang direka bentuk untuk menerima tujah galas dan tujah aci.
thrust bearinggalas tujahMekanikGunaanGalas yang menyokong aci pada arah paksi. Ada dua jenis galas tujah, iaitu galas hujung dan galas relang. Analisis tentang galas tujah menggunakan konsep geseran cakera. galas tujah juga dinamai galas sangga tuas.
specific thrusttujah tentuAeroangkasaTiadaDaya tujah per unit jisim enjin.
lateral thrusttujah sisiKejuruteraanKejuruteraan BangunanTujah yang dihasilkan daripada komponen daya yang mengufuk.
thrust powerkuasa tujahKejuruteraanTiadaHasil darab tujah kipas dengan laju lajak.
thrust deductionkurangan tujahKejuruteraanTiadaPengurangan daya tujah yang disebabkan oleh kesan sedutan kipas.
thrust coefficientpekali tujahKejuruteraanTiadaParameter yang menghubungkan tujah dengan kadar putaran.
thrust loadingbebanan tujahAeroangkasaTiadaNisbah berat kasar dengan tujah enjin yang digunakan semasa penentuan reka bentuk awal pesawat udara.
pusher aeroplanepesawat tujahKejuruteraan Kapal TerbangTiadaKapal terbang yang menggunakan bebaling tujah.
roller thrust bearinggalas tujah penggulingMekanikGunaanGalas yang serupa dengan galas tujah bebola kecuali ia menggunakan penggulingan tirus, bukan bebola.
12345678910...

Kembali ke atas