otter trawl | pukat tunda berpapan | Sains Marin | Tiada | Pukat tunda yang bukaan mendatarnya dikekalkan oleh papan tunda. Pukat tunda berpapan mempunyai badan berbentuk kon yang biasanya terdiri daripada empat panel dengan satu keroncong pada hujungnya. Bukaan mendatar mulut pukat dikekalkan dengan adanya papan tunda pada kiri dan kanan pukat sementara bukaan menegak dikekalkan dengan adanya pelampung pada bahagian atas dan pemberat pada bahagian bawah bukaan mulut pukat tersebut. |
back strop | teraju papan tunda | Perikanan | Tiada | Tali yang diikat pada belakang papan tunda dan disambung pada tali kabel bawah yang bersambung ke hujung pukat tunda. Teraju ini bertujuan menstabilkan kedudukan papan tunda semasa pukat tunda beroperasi bagi memastikan papan tunda sentiasa berada dalam keadaan tegak. Teraju ini juga membantu menentukan sudut papan tunda dan seterusnya mempengaruhi bukaan melintang mulut pukat tunda. |
bracket (towing) | teraju depan papan tunda (tunda) | Perikanan | Tiada | Tiada |
G-link | mata rantai G | Perikanan | Tiada | Mata rantai yang terdapat pada hujung wayar bebas berhampiran dengan pendakap pada papan tunda, bertujuan untuk menyambung tali tunda pada papan tunda. Mata rantai berbentuk G ini digunakan untuk memindahkan daya tundaan daripada wayar bebas kepada papan tunda semasa proses penundaan dijalankan, dan sebaliknya. |
gallow | gantungan | Perikanan | Tiada | Bingkai besi yang dibina pada kedua-dua tepi kapal pukat tunda untuk menggantung papan tunda. Bingkai ini juga digunakan sebagai titik tundaan di atas kapal yang tali tundanya dilalukan melalui win. Semasa proses penundaan, tali tunda akan digantung pada satu blok penunda yang terdapat pada bahagian atas gantungan ini. |
ground cable | tali kekang | Perikanan | Tiada | Satu atau lebih tali wayar atau tali serabut yang disambungkan di antara hujung satu pukat tunda atau pukat tarik dengan tali tunda utama atau papan tunda. Tali ini berfungsi untuk menghalau ikan ke tengah laluan pukat agar ikan terperangkap di dalamnya. |
delay | tunda/lengah; kelewatan | Aeroangkasa | Tiada | Tunda: Masa yang diambil bagi isyarat untuk merambat dari stesen penghantar melalui satelit dan diterima oleh stesen penerima. |
beam trawl | pukat tunda berbingkai | Perikanan | Tiada | Pukat tunda yang mempunyai bingkai besi di bahagian atas mulutnya supaya mulut pukat sentiasa terbuka. Bingkai besi yang panjang dipasang agar mudah terangkat dari dasar laut oleh dua bahan keluli yang berada di setiap hujungnya. Tali di bahagian bawah diikat secara kendur supaya ia melengkung ke belakang semasa operasi. Tinggi dan lebar bingkai ini disesuaikan mengikut keperluan. |
beam trawl | pukat tunda galang | Sains Marin | Tiada | Sejenis pukat tunda yang mempunyai galang bagi mengekalkan pukat dalam keadaan terbuka dan berbentuk kon dengan satu keroncong pada hujungnya. Bukaan mendatar pada mulut pukat dikekalkan dengan adanya galang melintang sementara bukaan menegak dikekalkan dengan adanya dua gelung logam di kiri dan kanan mulut pukat tersebut. Galang dibuat daripada kayu atau logam dan panjangnya mencapai sehingga 12 m. |
delay line storage | storan talian tunda | Kejuruteraan | Tiada | Peranti storan atau ingatan pada komputer elektronik yang terdiri daripada talian tunda dan suatu cara untuk menjana semula dan memasukkan semula maklumat ke dalamnya. |