expectorant | ekspektoran | Herba | Tiada | Herba yang membantu penyingkiran lendir dari paru-paru, hidung dan tekak. Herba ini digunakan dalam sediaan ubat batuk. Contoh herba ini ialah biji adas manis, akar manis, bawang putih, cabai ekor atau kemungkus, bidara, komkoma dan halba. |
demulcent | demulsen | Herba | Tiada | Herba bermusilaj tinggi yang membentuk filem pada membran mukus untuk melegakan kesakitan dan keradangan. Contoh herba ini ialah asam jawa, rozel dan misai jagung. Bahan demulsen yang digunakan dalam campuran ubat batuk seperti pektin dan madu. |
codeine | kodeina | Kimia | Tiada | Alkaloid, formula C18H21NO3, takat lebur 158oC, berbentuk hablur putih, beracun, larut sedikit di dalam air dan larut di dalam alkohol dan kloroform. kedeina diperoleh daripada pemetilan morfina. Sebatian ini lazimnya digunakan untuk membuat ubat batuk. |
narcotine | narkotina | Kimia | Biokimia | Alkaloid daripada opium yang wujud sebagai hablur tanpa warna, berbentuk jejarum, tidak larut di dalam air, larut sedikit di dalam alkohol dan sangat larut di dalam kloroform. Alkaloid ini digunakan sebagai salah satu juzuk di dalam ubat batuk dan tonik. |
herbal suspension | ampaian herba | Herba | Tiada | Sediaan herba yang mengandungi bahan pepejal halus yang tak larut, dan tersebar dalam suatu medium cecair. Ampaian digunakan untuk menyediakan herba yang tak larut dalam bentuk dos cecair. Sediaan ini harus digoncang sebelum digunakan. Contohnya, ubat batuk herba. |
chlorpheniramine maleate | klorfeniramina maleat | Kimia | Forensik | Formula kimia, C16H19CIN2. C4H4O4; nama dagang, Allergex, Piriton. Serbuk berhablur putih yang larut dalam air, etanol dan kloroform, dan larut sedikit dalam eter. Serbuk ini digunakan untuk merawat pelbagai tindak balas alergi, termasuk rinitis, ruam kulit, dan gatal-gatal, dan sebagai ramuan dalam banyak ubat batuk dan dekongestan. Kegunaannya kini dihalang kerana boleh menyebabkan asma atau alergi dan tidak boleh diberikan kepada bayi baru lahir atau ibu menyusu. Kesan sampingannya termasuk pening, sakit kepala, kekeringan mulut, ruam kulit, tindak balas alergi, dan nadi jantung cepat. Dos parah akut dianggarkan antara 25 mg/kg - 250 mg/kg. Kepekatan terapeutiknya ialah 0.003 �g/mL - 0.0 12 �g /mL. |
cough suppressant | ubat penahan batuk | Perubatan | Tiada | Ubat untuk menahan batuk dengan bertindak terhadap pusat batuk di otak. Bahan aktifnya adalah daripada kumpulan opiat dan ia berguna untuk batuk yang kering. Ia seharusnya tidak digunakan untuk batuk berkahak atau batuk yang disebabkan oleh penyakit paru-paru seperti pneumonia dan asma. Sekiranya ubat diambil dalam kuantiti yang banyak dan jangka masa yang lama akan mengakibatkan ketagihan. Contohnya, Codeine dan Dextromethorphan. |
antitussive | antitusif | Farmasi | Farmakologi | Ubat yang digunakan untuk meredakan atau mencegah batuk. Ubat ini merangkumi kumpulan opioid dan bukan opioid yang bertindak: pada sistem saraf pusat atau sistem saraf periferi untuk menindas refleks batuk. Contoh ubat dalam kumpulan opioid ialah kodeina, manakala contoh ubat dalam kumpulan bukan opioid ialah dekstrometorfan. Ubat daripada kumpulan opioid boleh memberikan kesan yang kuat terhadap fungsi sistem saraf pusat dan menyebabkan ketagihan jika disalahgunakan. Sediaan ubat yang biasa digunakan adalah dalam bentuk tablet, sirap atau lozeng. |
Sonneratia caseolaris | pedada | Herba | Botani dan Bioteknologi | Pokok sederhana besar dalam famili Sonneratiaceae yang dikenali juga sebagai gedabu atau perapat. Pedada hidup liar di hutan bakau dan mempunyai akar udara yang tumbuh tegak. Daunnya tebal bernabu dan berbentuk hampir bulat. Bunganya berwarna putih kemerah-merahan. Buahnya berbentuk seperti gasing dan mempunyai kaliks yang kekal membentuk tampuk. Di hujungnya terdapat stil bunga yang kekal sehingga buah masak. Bijinya bersegi-segi, diselaputi isi berwarna putih. Jus buah matang dibuat ubat batuk. Daun yang dilumatkan dengan beras digunakan untuk merawat campak dan menghentikan perdarahan pada luka kecil. Kulit batangnya mengandungi tanin. Buah muda dibuat perasa masakan dan pucuknya dibuat sayur. |
Acanthus ebracteatus | Jeruju hitam | Pertanian | Tiada | Tumbuhan dalam famili Acanthaceae ini juga dikenali sebagai beruju. Daunnya jenis ringkas tersusun bertentang, bentuknya lonjong (oblong) dan tepi daunnya bergerigi. Jambak bunganya jenis spika keluar di bahagian terminal pokok. Bunga berwarna putih dan biru di tengah. Buah jenis kapsul mengandungi empat biji. Tumbuhan ini jenis herba. Air rebusan akar digunakan untuk merawat demam panas yang kronik dan bersama batang digunakan juga untuk kesihatan dan merawat pelbagai penyakit kulit. Air rebusan biji diminum atau biji yang dipanggang dimakan sebagai ubat batuk, bisul, kencing manis, darah tinggi dan kecacingan. Biji yang ditumbuk digunakan sebagai pupuk untuk merawat bisul. Daun digunakan secara luaran untuk menghilangkan sakit kepala, wanita selepas bersalin, tonik rambut. Air rebusan daun diminum untuk merawat lelah, batuk, bengkak, reumatisme dan penyakit keputihan. Seluruh bahagian tumbuhan boleh digunakan untuk menghasilkan sabun. |