Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ujian atau penyelidikan utk menge-tahui atau memastikan sesuatu percubaan, eksperimen: ~ sains; menguji kaji melakukan uji kaji, meng-eksperimenkan; pengujikajian proses menguji kaji; penguji kaji orang yg melakukan uji kaji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ujian yg dilakukan dgn teliti utk mengetahui apa-apa yg berlaku dan juga utk memperoleh pengetahuan baru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
uji
Kata Terbitan : menguji, teruji, ujian, pengujian, penguji,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
control experimentuji kaji kawalanKimiaTiadaUji kaji yang dilakukan dalam keadaan yang sama dengan uji kaji biasa kecuali keadaan-keadaan yang penting diganti dengan keadaan normal. Uji kaji kawalan digunakan sebagai asas rujukan untuk membandingkan hasil uji kaji yang dijalankan dalam keadaan yang berbeza, supaya penilaian data uji kaji lebih bermakna dan tepat.
Frank-Hertz experimentuji kaji Franck-HertzFizikMekanik KuantumUji kaji untuk mengukur tenaga kinetik elektron yang hilang dalam perlanggaran tak kenyal dengan atom. Uji kaji ini membuktikan kewujudan aras-aras tenaga diskret, dan boleh digunakan untuk menentukan keupayaan pengujaan dan pengionan dalam atom.
comparative trialpercubaan bandinganVeterinarTiadaUji kaji yang dilakukan untuk membandingkan sama ada pemakanan, pemeliharaan atau kesan perlakuan tertentu terhadap dua atau lebih jenis ternakan. Uji kaji ini boleh menentukan nilai pemakanan atau nutrien bagi beberapa jenis sumber makanan. Contohnya, uji kaji untuk menentukan nilai pemakanan bagi gandum dan barli yang terdapat pada ayam. Perbandingan juga boleh dibuat untuk menentukan kesan pengurusan yang diamalkan atau keberkesanan sesuatu drug, hormon atau enzim.
integral experimentuji kaji kamiranKejuruteraanTiadaUji kaji ke atas reaktor himpunan subgenting bagi menentukan beberapa kuantiti yang bergantung pada lebih daripada satu parameter.
critical experimentuji kaji gentingKejuruteraanTiadaUji kaji yang dijalankan terhadap bahan-bahan reaktor supaya reaktor mencapai keadaaan genting secara perlahan bertujuan untuk menentukan ciri-ciri nuklear bagi reaktor tersebut.
Cavendish experimentuji kaji CavendishFizikMekanikUji kaji yang dilakukan untuk menentukan pemalar graviti dan memperlihatkan hukum songsangan kuasa dua graviti. eksperimen Cavendish
Wiener experimentuji kaji WienerFizikOptikUji kaji mengenai muka depan cermin yang ditutup dengan emulsi fotograf tebal dan didedahkan kepada cahaya tuju yang serenjang dengan permukaan cermin tersebut. Hasilnya merupakan suatu gelombang pegun yang terbina di dalam emulsi tersebut yang nodnya bertindih dengan vektor medan elektrik tetapi bukan dengan vektor medan magnet.
localization experimentuji kaji penempatanFizikMekanik KuantumUji kaji yang menempatkan zarah pada titik fokus suatu kanta bagi salah satu kuntum terserak untuk membentuk imej pada skrin.
Cockroft-Walton experimentuji kaji Cockroft-WaltonKejuruteraanTiadaUji kaji pertama dalam tahun 1930 yang berjaya menghasilkan penyepaian nukleus dengan menggunakan proton terpecut buatan.
experimental cellsel uji kajiKejuruteraanTiadaUnsur litar uji kaji di dalam reaktor nuklear yang mengandungi satu saluran dan satu unsur pengeluaran haba.
12345678910...

Kembali ke atas