burden | ulangan | Kesusasteraan | Puisi | Aspek penekanan sama adu pada bunyi suku kata, perkataan, rangkap, frasa, pola rima atau baris dalam sesebuah puisi. Aspek ulangan ini dilakukan oleh penyair dalam bentuk mendatar atau menegak. Ulangan mendatar seperti pada puisi "Sayang Disayang" karya Salmi Manja, rnanakala ulangan rnenegak seperti puisi "Lagu Anak Revolusi" karya Dharrnawijaya: berlagulah ia ... (R:3, b:1) berlagulah ia ... (R:3, b:2) ya, lagu anak revolusi ... (R:5, b:l) lagu anak revolusi (R:5, b:3) (Lagu Anak Rel'(J/usi) senyumlah senyum (R:5, b:5) (Sayang Disayang) |
D1S80 | D1S80 | Sains Forensik | Tiada | Satu lokus ulangan tandem bilangan berubah (VNTR) yang terdapat pada kromosom 1 dalam tubuh manusia. Lokus ini terdiri daripada segmen DNA sepanjang 16 nukleotida yang jujukannya ditemui berulangan sehingga 15 hingga 41 kali. Kepelbagaian dalam bilangan ulangan ini menjadi asas kepada analisis pemprofilan DNA yang menggunakan teknik amplifikasi dalam DNA tetapi penggunaan D1S80 kemudiannya telah digantikan oleh lokus yang mempunyai tandem ulangan pendek (STR) seperti yang digunakan oleh CODIS. Lihat juga VNTR, CODIS. |
microsatellite DNA | DNA mikrosatelit | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Unit ulangan bagi jujukan DNA, yang disusun secara berturut-turut di kawasan tertentu pada suatu kromosom dengan panjang antara 1 hingga 6 atau lebih pasangan bes dan pengulangan biasanya antara 5 hingga 50 kali. Contohnya, ulangan dengan 2 pasangan bes berturutan, 3 pasangan bes berturutan atau 4 pasangan bes berturutan. |
fast component | komponen laju | Biologi | Genetik | 1. Komponen pertama yang mengasli semula dalam kinetik penyatuan semula yang terdiri daripada DNA ulangan tinggi. 2. Molekul yang bergerak paling jauh daripada titik asal pada masa tertentu dalam elektroforesis. |
depletion | penyusutan | Sains | Hidrometeorologi | 1. Penyadapan air dari air-tanah, waduk atau lembangan secara berterusan dengan suatu kadar yang lebih tinggi daripada kadar isi ulangan. 2. Pengurangan simpanan air-tanah di suatu akuifer atau pengurangan aliran sesebuah sungai atau mata air kerana luahannya melebihi isi ulangannya yang semula jadi. |
pulse rate | kadar denyut | Kejuruteraan | Tiada | 1. Kadar denyut disuap kepada pemacu motor pelangkah.,2. Bilangan purata bagi denyut-denyut seunit masa. Sinonim: kadar ulangan denyut. |
depletion syn. decay; see also groundwater recession | penyusutan | Hidrologi | Tiada | (1) Penyadapan air dari air-tanah, waduk atau lembangan secara berterusan dengan suatu kadar yang lebih tinggi dari kadar isi ulangan. |
cavatina | kavatina | Muzik | Tiada | 1.0pt;mso-ansi-language:EN-US">1. Sejenis aria pendek dalam opera abad ke-18. Kavatina biasanya mengandungi satu strophe sahaja dan tidak melibatkan bahagian ulangan. Contohnya, Una voce poco fa daripada opera Rossini yang bertajuk // barbiere di Siviglia (1816).
| rondeau | rondeau | Muzik | Tiada | 1.0pt;mso-ansi-language:EN-US">1. Salah satu daripada bentuk formes fixes abad ke-14 dan abad ke-15 dan juga bentuk vokal abad ke-13 hingga abad ke-15. Rondeau mengandungi bahagian yang diulangi dari segi melodi dan teks. Contoh struktur bahagian karya rondeau ialah AbaabAB, iaitu huruf besar merujuk kepada bahagian ulangan. 1.2pt;margin-bottom:0cm; margin-left:30.0pt;margin-bottom:.0001pt;text-align:justify;text-indent:-11.5pt; line-height:12.95pt;mso-line-height-rule:exactly;mso-list:l0 level1 lfo1; tab-stops:30.0pt;background:white">
| rondo | rondo | Muzik | Tiada | Bentuk muzik yang mengandungi beberapa bahagian yang terdiri daripada bahan ulangan yang diselang-selikan dengan bahan baru. Contoh bentuk muzik ini ialah ABACAB'A. Bahagian A diulangi secara berselang-seli dengan bahagian lain yang mengandungi bahan bam yang dikenali sebagai episod. Bahagian A bermula dalam nada tonik dan episod pertama B biasanya dalam nada dominan major, median atau dominan minor. Episod kedua, iaitu C adalah dalam nada seperti subdominan dan submedian. Episod ketiga B1 adalah dalam nada tonik. |