animal fodder | foder haiwan | Geografi | Tiada | Bahan makanan kering seperti rumput kering, jerami dsb.nya untuk binatang seperti lembu dan kuda. |
reveal knowledge | pengetahuan wahyu | Pendidikan | Tiada | Ilmu yang diturunkan oleh Tuhan melalui orang perantaraan tertentu yang dipilih-Nya untuk disampaikan kepada masyarakat umum. |
cyanide | sianida | Kimia | Tiada | 1. Garam tak organik yang mengandungi ion sianida, CN‒. Sianida sangat beracun kerana keupayaan ion CN‒ nya untuk bergabung dengan ferum di dalam hemoglobin lalu menyekat pengambilan oksigen oleh arah. 2. Kompleks koordinatan logam yang terbentuk dengan ion sianida. |
cadmium plating | penyaduran kadmium | Kesenian | Tiada | Proses menyadur benda kerja dengan kadmium untuk menghindarkan permukaan nya daripada berkarat. |
exhaust manifold | pancarongga ekzos | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Komponen yang menghubungkan liang ekzos pada kepala silinder dengan sistem ekzos. Komponen ini terdiri daripada beberapa laluan yang bercabang mengikut bilangan liang ekzos yang membentuk satu saluran keluar ke sistem ekzos. Tujuan- nya adalah untuk mengalirkan gas ekzos keluar dari silinder enjin ke sekitaran. Komponen ini biasanya diperbuat daripada aloi atau besi tuang. Banding pancarongga pengambilan. |
hydrolysis | hidrolisis | Geografi | Tiada | 1. Sejenis luluhawa kimia di mana air bergabung dengan mineral batuan untuk menghasilkan mineral lempung yang biasa nya tak larut air melalinkan dalam proses pengkarbonan. |
hemp | hem; pisang tali | Geografi | Tiada | Sejenis pokok herba tahunan dari asia yang tinggi yang menghasilkan gentian kuat untuk di buat tali dsb. nya. |
aerography | aerografi | Geografi | Tiada | Istilah yang dikemukan oleh E. H. Rapoport pada 1973 untuk menghalkan kajian-kajian tentang julat-julat geografi takson contohnya subspesies, spesies, genus, famili, dsb.nya. |
acebutolol | asebutolol | Kimia | Forensik | Nama dagang, Sectral. Ubat untuk merawat tekanan darah tinggi, angina, dan nadi jantung tidak seragam. Ubat ini tidak boleh diberikan kepada pesakit lelah, atau pesakit yang mengalami kegagalan jantung, atau penyakit kardiovaskular. Kesan sampingan nya termasuk nadi jantung yang periahan, angin, sakit kaki, loya, sakit kepala, ruam kulit dan rasa pitam. |
pH electrode | elektrod pH | Bioteknologi | Tiada | Elektrod untuk mengukur kepekatan ion hidrogen dan diperbuat daripada platinum yang direndam di dalam larutan yang pH-nya hendak ditentukan. Gas hidrogen disalurkan pada permukaannya pada tekanan 1 atmosfera. Daya elektromotif elektrod dalam 1.0 M H30+ ialah sifar. Perbezaan keupayaan antara elektrod dan elektrod piawai diukur dan digunakan untuk menghitung kepekatan H30+. |