perturbation | usikan | Sains | Hidrometeorologi | Sebarang sisihan yang diperkenalkan ke dalam sistem yang dianggap berkadaran tunak. Magnitud sisihan ini selalu dianggap kecil dan oleh itu hasil darab sebutan-sebutan dalam pembolehubah bersandar boleh diabaikan; istilah usikan kadang kala digunakan sebagai sinonim usikan kecil. Usikan boleh tertumpu pada satu titik atau dalam ruang isipadu yang terhingga; atau ia boleh merupakan gelombang (fungsi sinus, kosinus); atau, dalam kes sistem yang berputar, ia boleh menjadi simetri pada paksi putaran; atau ia boleh wujud sebagai alihan akibat gangguan seperti ombak. Dalam meteorologi sinoptik, istilah ini telah banyak digunakan untuk sebarang sisihan daripada aliran zon dalam arus zon utama atmosfera. Istilah ini khusus digunakan bagi gangguan seperti ombak dalam lingkungan angin timuran tropika. |
planetary pertubation | usikan planet | Matematik | Tiada | Usikan yang berlaku pada planet. |
perturbation force | daya usikan | Aeroangkasa | Tiada | Jumlah daya yang menyebabkan usikan terhadap orbit satelit. |
harmonic force | daya harmonik | Mekanik | Gunaan | Daya yang berubah secara bentuk sinus. Daya harmonik digunakan dalam mengkaji sambutan sesuatu sistem terhadap usikan luar. Jika sambutan sistem itu terhadap usikan harminik diketahui, sambutan terhadap sebarang usikan berkala boleh ditentukan dengan menggunakan siri Fourier. |
perturbation equation | persamaan usikan | Fizik | Mekanik Kuantum | Sebarang persamaan yang menghuraikan perlakuan sesuatu usikan, biasanya diwakili oleh persamaan perbezaan linear. |
pertubation theory | teori usikan | Sains | Hidrometeorologi | Turunan bersistem persamaan yang linear bagi sistem-sistem dengan kaedah usikan kecil, dan yang menunjukkan andaian yang terlibat; atau sebarang model yang didapati dengan menggunakan kaedah ini. |
perturbation motion | gerakan usikan | Fizik | Mekanik Kuantum | Pergerakan suatu ganguan kecil yang dikenakan terhadap suatu sistem yang menentang pergerakan sistem tersebut apabila dikenakan usikan. |
perturbation motion | gerakan usikan | Sains | Hidrometeorologi | Gangguan (biasanya tetapi tidak semestinya dianggap insinitesimal), yang bertentangan dengan gerak sistem yang berkeadaan tunak yang ditindih oleh usikan. |
reactivity noise | hingar kereaktifan | Kejuruteraan | Tiada | Perubahan fluks neutron dalam reaktor nuklear yang disebabkan oleh usikan kereaktifan ekoran daripada getaran mekanik, gelombang permukaan, gelembung dalam penyederhana cecair dan usikan lain. |
perturbation | usikan | Kimia | Tiada | Tiada |