Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[vi.sual] | ۏيسوال

Definisi : bkn atau berdasarkan pelihatan, dapat dilihat: dlm penulisan kata serapan ini, bentuk ~ diutamakan; keistimewaan yg memberikan kesan ~ yg menggunakan teknologi yg semakin hari semakin baik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[vi.sual] | ۏيسوال

Definisi : bkn atau berdasarkan penglihatan; dpt dilihat: Teknik itu memberikan kesan ~ yg menarik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata visual


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
focal visual systemsistem visual fokusSains SukanBiomekanikSistem visual tahap lanjutan yang melibatkan laluan saraf ke korteks visual primer di serebrum. Kawalan sistem visual fokus berlaku secara sedar. Fungsi sistem ini adalah untuk pengimejan dan tumpuan visual terhadap pergerakan.
ambient visual systemsistem visual ambienSains SukanBiomekanikSistem visual tahap primitif yang tidak melibatkan laluan saraf ke korteks visual primer di serebrum. Sistem ini berfungsi untuk mengekalkan keseimbangan dan mewujudkan kesedaran terhadap persekitaran. Contohnya, tindakan mengelakkan diri daripada terkena bola yang ditendang semasa permainan bola sepak. Dari sudut kawalan motor, sistem visual ambien membolehkan pemain melihat arah pergerakan bola serta membuat anggaran kedudukan akhir bola berdasarkan kelajuan, kedudukan dan arah bola tersebut.
chroma key droptabir pemayangKomunikasiTiadaSet latar belakang yang diperbuat daripada kain atau kayu dan selalunya berwarna biru untuk menghasilkan kesan pemayang. Bagi menghasilkan kesan ini, visual-visual lain yang yang berada di hadapan atau ditindan di atas tabir ini tidak boleh berwarna biru. Lihat juga: pemayang.
visual hierarchyhierarki visual-TiadaPenilaian unsur reka bentuk visual yang berdasarkan susunan kepentingan visual.
visual merchandiserpedagang visualPentadbiran PerniagaanTiadaIndividu yang bekerja dengan merancang, mereka cipta dan melaksanakan strategi bagi mempromosikan perdagangan visual secara kreatif. Individu ini juga bertanggungjawab dalam membuat paparan visual sesuatu produk atau perkhidmatan yang menarik termasuklah menghasilkan paparan tingkap, papan tanda, paparan dalaman, paparan lantai dan paparan promosi khas yang dapat menarik perhatian pelanggan untuk membeli produk atau perkhidmatan tersebut.
visual merchandisingperdagangan visualPentadbiran PerniagaanTiadaAktiviti penjualan produk atau perkhidmatan dengan cara mengoptimumkan persembahan produk dan perkhidmatan tersebut secara visual supaya lebih menonjolkan ciri dan faedahnya. Tujuan perdagangan visual adalah untuk menarik minat dan memotivasikan pelanggan supaya melakukan pembelian produk atau perkhidmatan tersebut.
visualvisualPerubatanTiada1. Berkaitan dengan penglihatan. 2. Seseorang yang pusat pengingatannya tertumpu lebih pada penglihatan.
visual linkpertalian visualLandskapTiadaHubungan visual antara satu ruang dengan ruang yang lain atau antara satu objek dengan objek yang lain yang dipengaruhi oleh elemen yang terdapat di tempat tersebut.
visual blightkecacatan visualLandskapTiadaSesuatu objek yang boleh menyebabkan visual yang kurang menarik atau tidak menyenangkan. Contohnya, timbunan kereta rosak dan tapak pembuangan sampah.
visual experimentpercubaan visualLandskapTiadaUsaha menjalankan uji kaji terhadap visual suatu kawasan bagi mendapatkan satu reka bentuk yang paling sesuai.
12345678910...

Kembali ke atas