resin | damar | Herba | Botani dan Bioteknologi | Bahan berbentuk cecair likat yang dihasilkan oleh tumbuhan. Warnanya sama ada cerah atau keperang-perangan dan beraroma. Bahan ini merupakan agen pertahanan pokok daripada penyakit dan serangan serangga perosak. Damar biasanya keluar daripada batang pokok apabila terdapat luka akibat ditakik, merekah atau ditebuk oleh serangga. Bahan ini akan mengeras selepas terdedah kepada udara dan warnanya bertukar menjadi perang, kekuning-kuningan atau hitam. Damar digunakan sebagai bahan pelekat, penampal, dan menghasilkan aroma apabila dibakar dan minyak pati. Contoh pokok yang mengeluarkan damar ialah kemenyan (Styrax benzoin), kapur (Dryobalanops aromatica) dan keruing (Dipterocarpus sp.). |
plesionecrosis | plesionekrosis | Biologi | Patologi | Nekrosis yang warnanya tidak begitu perang dan jelas kerana sel perumah yang terserang tidak seluruhnya mati. bd. holonekrosis. |
idiochromatic | idiokromatik | Geologi | Tiada | Berhubung dengan mineral yang warnanya adalah hasil komposisi kimianya. |
colour fake | setem pinda | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Setem yang warnanya dipinda melalui tindakan kimia sehingga berbeza dengan warna asal. |
colourfast | tahan luntur | Kesenian | Tiada | Kebolehan pencelup untuk menahan warnanya supaya tidak luntur. |
cresol | kresol | Kimia | Forensik | Formula kimia, C7H8O. Cecair yang warnanya berjulat daripada tanpa warna, kekuningan, kuning keperangan atau kemerahjambuan. Bahan ini larut dalam etanol, benzena dan eter, dan larut separa dalam air. Cecair ini diperoleh daripada tar arang batu atau petroleum. Cecair ini juga digunakan sebagai antiseptik dan disinfektan, serta beracun. Had pendedahan kepada bahan ini ialah 5 ppm dan dos parah pula ialah 2 g atau 2 mL. |
chromatopsia | kromatopsia | Perubatan | Tiada | 1. Keadaan objek berwarna kelihatan aneh warnanya dan objek tidak berwarna kelihatan berwarna. 2. Buta warna separa. |
acenaphtene | asenaftena | Geologi | Tiada | Hidrokarbon tak tepu yang hablur tanpa warnanya melebur pada suhu 92°C dan tidak larut di dalam air; C₁₂H₈ |
black tea | teh hitam | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Teh yang hitam warnanya disebabkan oleh daunnya yang diperam sebelum dibakar. |
acenaphtene | asenaftena | Kimia | Tatanama Kimia | Hidrokarbon tak tepu yang hablur tanpa warnanya melebur pada suhu 92°C dan tidak larut di dalam air; C₁₂H₈ |