Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wat] | وات

Definisi : rumah berhala Buddha, kuil, tokong: mereka bersoal jawab dgn salah seorang sami di ~ tersebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wat] | وات

Definisi : rumah berhala Buddha (khasnya yg didirikan oleh orang Siam). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata wat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rinrinMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Rin diperbuat daripada tembaga dan berbentuk periuk. Alat muzik ini dipukul pada sisi dengan pemukul kayu. Rin yang terdapat di Jepun dimainkan dalam wat agama Buddha untuk mengiringi canta agama Buddha.

urban sitetapak bandarArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTapak yang mengandungi tinggalan kota, monumen, batu atau benteng. Tapak ini digunakan sebagai tempat tinggal, tempat pengeluaran hasil industri,pusat perdagangan, pertahanan dan pentadbiran. Antara tapak bandar yang terkenal ialah Roman Ephesus (Turki), Tikal (Geuatemala), Mohenjo Daro (India), Teotihuacan (Mexico) dan Angkor Wat (Kemboja).
moku-gyomoku-gyoMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul, iaitu slit-drum. Alat muzik ini diperbuat dari­pada bekas kayu kosong dengan lubang yang diselit pada bahagian atas kayu tersebut. Bekas itu biasanya berbentuk ikan dan dipukul secara berterusan dengan pemukul kayu untuk mengiringi canta agama Buddha semasa upacara sembahyang. Alat muzik ini terdapat di wat agama Buddha di Jepun.


Kembali ke atas