Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : wayang drpd patung-patung yg diperbuat drpd kulit; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
wayang (kata nama)
1. Bersinonim dengan pertunjukan: persembahan, filem, tayangan, pementasan, permainan, setambul, tonil, rakat, hidangan,

2. Bersinonim dengan patung: kudu, arca, boneka, anak-anakan, ungti, orang-orangan, gambar golek,

Kata Terbitan : mewayangkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
wayang kulit Jawawayang kulit JawaMuzikTiada

Teater wayang yang berasal dari Jawa, Indonesia. Di Malay­sia, wayang kulit Jawa merupakan teater rakyat orang berketurunan Jawa di Johor. Teater ini masih mengekalkan ciri wayang kulit purwa asli seperti penggunaan patung Jawa cerita epik Mahabharata serta diiringi ensembel gamelan Jawa. Sinonim wayang kulit purwa. Lihat juga wayang gedek, wayang kulit Kelantan, wayang kulit Melayu, nang talung.

wayang kulit Kelantanwayang kulit KelantanMuzikTiada

Teater wayang kulit rakyat di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak, Pahang dan selatan Thailand. Ceritanya berasaskan epik Ramayana dan cerita rakyat Melayu. Watak penting dalam teater rakyat ini ialah Seri Rama, Laksamana, Siti Dewi, Rawana, Pak Dogol dan Wak Long. Ensembel yang mengiringi teater ini terdiri daripada serunai, gendang, geduk, gedumbak, tetawak, kesi dan canang. Sinonim wayang kulit Siam.

wayang kulit Melayuwayang kulit MelayuMuzikTiada

Teater wayang kulit klasik yang dinaungi oleh golongan istana di Patani, Kelantan dan Kedah pada abad ke-19 dan awal abad ke-20. Wayang kulit Melayu dipengaruhi wayang kulit purwa Indonesia. Ceritanya berasaskan epik Mahabharata dan corak patungnya mengikut gaya Jawa. Teater klasik ini diiringi en­sembel yang menggabungkan alat muzik Melayu dan Jawa seperti rebab, tetawak, mong, enam pasang atau lebih canang, kesi dan gendang. Sinonim wayang Jawa.

wayang kulitwayang kulitKesenianDrama dan TeaterSatu bentuk seni persembahan tradisional yang menggunakan kelir melalui permainan bayang-bayang daripada pantulan cahaya pada patung pipih di bahagian belakang kelir yang digerakkan oleh seorang dalang. Di Malaysia, permainan wayang kulit biasanya diiringi alat muzik jenis perkusi seperti gendang, gong, cing, canang dan geduk.
wayang kulitwayang kulitMuzikTiada

Teater yang menggunakan bayang-bayang patung di belakang kelir. Patung digerakkan oleh seorang dalang. Teater ini terdapat di Asia Tenggara, China dan India. Lihat juga wayang kulit Jawa, wayang kulit Kelantan, wayang kulit Melayu, nang talung, nangyai, nang kalun, nang sbek thorn.

wayang kulit purwawayang kulit purwaMuzikTiada

Lihat wayang kulit Jawa.

wayang kulit Siamwayang kulit SiamMuzikTiada

Lihat wayang kulit Kelantan.

wayang Kelantanwayang KelantanKesenianDrama dan TeaterTradisi wayang kulit di Malaysia yang hanya menggunakan repertoir daripada Hikayat Seri Rama. Alat muzik utama yang digunakan dalam wayang kulit kelantan ialah serunai.
wayang Melayuwayang MelayuKesenianDrama dan TeaterTradisi wayang kulit di Malaysia yang hanya menggunakan repertoir daripada cerita-cerita Panji. Alat muzik utama yang digunakan dalam wayang kulit Melayu ialah rebab.
dalangdalangKesusasteraanTiadaTukang cerita yang menyampaikan dialog, menyanyi dan menggerakkan patung dalam persembahan wayang kulit. Dalang juga bertindak selaku pemimpin atau pengarah muzik yang mengiringi keseluruhan persembahan wayang kulit.
12345678

Kembali ke atas