swing | swing | Muzik | Tiada | Gaya muzik yang wujud pada tahun 1930. Swing bercirikan unsur big band dan jazz, bermeter 4/4 dan triplet menghasil-kan corak ritma ayunan. Muzik jenis ini berdasarkan lagu popular, blues atau secara improvisasi. |
aniline | anilina | Kimia | Forensik | Formula kimia, C6H7N; nama lain, minyak anilina, fenilamina atau aminobenzena. Bes organik dengan takat lebur -8°C, takat didih 184.4°C, mudah terbakar dan menjadi warna perang dengan cepat apabila terdedah kepada udara dan cahaya. Anilina wujud sebagai cecair berminyak tanpa warna, berbau, larut dalam etanol , eter, dan benzena, serta larut sedikit dalam air. Bahan ini merupakan bahan mula bagi kebanyakan pencelup dan ubat. Wapnya boleh mencemar-kan bahan makanan dan merosak -kan tekstil dan merupakan toksik secara pengingesan, penyedutan, atau penyerapan kulit, dan adalah sejenis alergen. Had toleransi terhadap bahan ini adalah 2 ppb dalam udara. Keracunan serius terjadi akibat pengingesan 0.25 cm3 Keracunan akut mengakibatkan sianosis, methemoglobinemia, vertigo, dan sakit kepala. Keracunan kronik mengakibatkan anemia, anoreksia, kehilangan berat badan, dan lesi pada kulit. Pekerja yang terdedah kepada anilina adalah berisiko mendapat penyakit berkaitan dengan darah. |
bestiary | bestiari | Kesusasteraan | Tiada | Karya didaktik yang berkaitan dengan sifat semula jadi atau sifat luar biasa binatang. Karya didaktik biasanya dalam bentuk puisi dan prosa. Binatang yang berkenaan biasanya memiliki separuh bentuk badan binatang biasa dan separuh bentuk yang luar biasa. Contohnya, kuda atau kan yang berkepalakan manusia. Tradisi cerita bestiari bermula sejak zaman Greek dalam karya berjudul Physiologus 2-4 AD), dan karya ini tersebar ke seluruh dunia. Antara binatang yang sering menjadi bahan cerita ialah phoenix, unicorn, dan siren. Umumnya, binatang yang menjadi bahan cerita hanya hidup dalam kepercayaan, mitos, dan legenda. Cerita sering dikaitkan dengan unsur alam kayangan, kedewaan, dan kepercayaan agama. Sebahagian daripada binatang tersebut masih wujud dan kekal dalam pelbagai koleksi cerita kanak-kanak yang bersifat didaktik dengan pelbagai pengajaran moral. Cerita bestiari dalam kesusasteraan Melayu dapat ditemui dalam pelbagai cerita hikayat yang berkaitan dengan jin, raksasa, gergasi atau binatang aneh yang memili |
ketoprak | ketoprak | Muzik | Tiada | Teater opera dari Yogjakarta, Jawa Tengah yang menggabungkan muzik, dialog, lakonan dan tarian. Teater ini wujud pada abad ke-19 dan dipersembahkan di pentas prosenium untuk hiburan rakyat jelata. Ceritanya berkisarkan golongan bangsawan dari Jawa, Arab, China dan Eropah. Ensembel gamelan Jawa mengiringi nyanyian dan cerita dalam teater ini. Ketoprak mempunyai ciri persamaan dalam gaya pementasan dengan opera lain yang terdapat di Asia Tenggara seperti stam-bul di Jawa Tengah, ludruk di Jawa Timur, zarzuela di Fili-pina, likay di Thailand, bangsawan di Malaysia d |
classical music | muzik klasik | Muzik | Tiada | 1. Muzik istana dan golongan kelas atasan dalam muzik bukan Barat. Pemain dilatih mengikut jadual yang teratur dan tersusun. Muzik klasik dinaungi oleh golongan istana dan biasanya wujud sistem notasi. Contoh muzik klasik ialah joget gamelan, gamelan Jawa dan muzik Hindustani India Utara. Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close
|