immediate population II | populasi II pertengahan | Matematik | Tiada | Peringkat kedua evolusi populasi II yang berasal daripada awan gas hidrogen-helium, seperti bintang halaju tinggi dan bintang berubah kala lama. |
halo population II star | bintang populasi II halo | Matematik | Tiada | Peringkat pertama evolusi populasi II yang berasal daripada awan gas hidrogen-helium, seperti gugus global bintang subkerdil dan Cepheid Jenis II. |
intermediate population II | populasi II pertengahan | Matematik | Tiada | Populasi II yang mengalami pengecutan gas dan menghasilkan cakera yang tipis dan menganjur. |
DNA polymerase II | DNA polimerase II (Pol II) | Biologi | Genetik | Enzim yang mempunyai aktiviti polimerase untuk memanjangkan molekul DNA dalam arah 5� ke 3�, tetapi tidak mempunyai aktiviti eksonuklease. bd. DNA polimerase I, DNA polimerase III. |
Synthol process | proses Synthol | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Proses mirip SRC-II yang menghasilkan minyak berat daripada arang batu. Proses ini dimulakan dengan memanaskan buburan arang batu-minyak pada nisbah 1 : 2 di dalam atmosfera kaya hidrogen. Kemudian buburan itu ditindakbalaskan di dalam reaktor turus terpadat dengan menggunakan mangkin kobalt/molibdat di atas silika/alumina pada suhu 465�C dan tekanan 4000 psig. |
Lagoon nebula | nebula Lagoon | Matematik | Tiada | Nebula pancaran dalam bentuk kawasan H II yang terletak kira-kira satu kiloparseks dari bumi dalam arah buruj Sagittarius. Jumlah magnitud ketaranya ialah 5.8. |
Hydrane process | proses Hydrane | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Proses penggasan generasi kedua jenis penggas II yang dimajukan oleh US Bureau of Mines untuk menghasilkan singas. |
stellar populations | populasi najam | Matematik | Tiada | Pengelasan bintang kepada dua jenis, atau populasi, iaitu Populasi I dan Populasi II, yang diperkenalkan oleh W. Baade pada tahun 1944. |
Hpa II tiny fragments | keratan kecil Hpa II | Biologi | Genetik | Keratan DNA yang terhasil apabila DNA vertebrat dikerat dengan enzim Hpa II. panjang keratan ialah dalam lingkungan 120 bp. |
angiotensin-converting enzyme (ACE) | enzim penukaran angiotensin (ACE) | Veterinar | Praklinikal | Enzim yang menukar angiotensin I kepada angiotensin II yang mengawal atur isi padu dan tekanan darah. |