Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata yang diperintah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
popular willtekad rakyatSejarahTiadaKehendak atau hasrat hati rakyat atau golongan yang diperintah yang disuarakan secara halus atau kekerasan melalui revolusi.
condottiere statenegeri condottiereSejarahTiadaNegeri yang diperintah oleh askar atau tentera upahan, berlaku di Eropah dari abad ke-14 hingga ke-16.
princely rulepemerintahan beramirSejarahTiadaPemerintahan yang berdasarkan kepada sistem kerajaan yang diperintah oleh golongan bangsawan.
paternalismparternalismeSejarahTiadaFahaman yang berpegang kepada prinsip atau kepercayaan atau amalan sesebuah pemerintahan yang menjaga kepentingan orang yang diperintah dengan melihat atau menganggap tiap-tiap seorang sebagai individu dan diberi perhatian sewajarnya sama ada hubungan dengan negara atau sesama sendiri.
princely capitalbandar berajaSains PolitikPolitik PerbandinganBandar yang menjadi ibu negeri atau pusat pentadbiran kepada negeri yang diperintah oleh keturunan raja. Bandar ini menjadi pusat pentadbiran, aktiviti ekonomi yang utama serta menjadi tumpuan imigran dari dalam atau luar bandar. Contohnya, bandar Hyderabad di India. Sinonim bandar berdaulat.
enlightened despotismpemerintahan kuku besi berihsanSejarahTiadaBentuk pemerintahan kuasa mutlak yang memperlihat sikap pemerintah yang mementingkan kebajikan rakyat yang diperintah, diamalkan di Eropah pada abad ke-16 dan ke-17 oleh monarki yang berkuasa penuh yang memasukkan feudalisme, pengurangan hak golongan bangsawan dan melindungi hak rakyat di bandar.
dissolutionpembubaranUndang-undangUndang-undang AntarabangsaProses pemecahan sesebuah negara kepada negara-negara kecil. Proses ini berkait rapat dengan pelaksanaan hak berkerajaan sendiri oleh penduduk sesuatu kawasan yang diperintah oleh kuasa penjajah atau kuasa asing. Pembubaran boleh berlaku secara aman jika dibenarkan oleh perlembagaan dan dilaksanakan berpandukan perlembagaan. Contohnya, pembubaran Czechoslovakia yang membawa kepada pembentukan negara Republik Czech dan Slovakia. Namun, pembubaran juga boleh berlaku akibat kemusnahan sesebuah sistem yang mendukungi kewujudan sesebuah negara seperti kemusnahan sistem komunis di Kesatuan Soviet dan Yugoslavia.
minority rulepemerintahan minoritiSains PolitikPolitik PerbandinganKerajaan yang diperintah oleh golongan minoriti. Pemerintahan ini membawa maksud satu kaum atau kelompok yang menguasai sesuatu kawasan atau kerajaan yang terbentuk hasil daripada keputusan pilihan raya yang gagal melahirkan satu parti yang dominan. Kerajaan minoriti yang dikuasai oleh satu kaum seperti pemerintahan Aparteid di Afrika Selatan pada dekad 1980-an manakala kerajaan minoriti pula seperti yang pernah wujud di India pada dekad 1990-an. Hal ini tidak bermakna kerajaan ini dikuasai oleh satu kaum sahaja sebaliknya dikuasai oleh satu parti yang mendapat mandat daripada anggota parlimen yang lain.
social stratumlapisan sosialSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan masyarakat yang berstrata atau berlapis-lapis. Setiap masyarakat mempunyai strata atau kelas yang berbagai-bagai seperti kelas atasan, kelas menengah dan kelas bawahan. Kewujudan kelas yang pelbagai ini menjadikan masyarakat itu dilihat berlapis. Dalam masyarakat yang sebenar, pembahagian susun lapis lebih kompleks disebabkan oleh perkembangan industrialisasi dan modenisasi yang berlaku. Susun lapis masyarakat tradisional boleh dibahagi kepada dua strata iaitu kelas pemerintah dan kelas yang diperintah. Manakala bagi masyarakat moden, susun lapisnya terdiri daripada pelbagai kelas seperti kelas elit, bangsawan, aristokrat, kelas menengah atas, kelas menengah bawah, kelas peniaga, buruh dan petani. Sinonim penstrataan.
colonytanah jajahan; koloniSejarahTiadajajahan: Tanah yang dijajah oleh kuasa yang lebih kuat dan diperintah berdasarkan sistem pemerintahan penjajah.,2. Sekumpulan manusia yang mendiami kawasan baru, jauh dari negara asal tetapi masih mempunyai hubungan dengan negara ibundanya.
12

Kembali ke atas