dernier cri | fesyen mutakhir | Kesenian | Tiada | Fesyen pakaian yang terbaharu. |
market price | harga pasaran | Pentadbiran | Tiada | Harga semasa atau harga yang terbaharu bagi sesuatu keluaran atau perkhidmatan. |
musical comedy | komedi muzikal | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk persembahan teater hiburan yang menggabungkan dialog, muzik, lagu dan tarian. Komedi muzikal menggunakan plot yang romantik dan memasukkan unsur burlesque dan satira. Kejayaan komedi muzikal bergantung pada lagu dan pementasan yang mengkagumkan. Komedi ini berasal daripada voudeville, iaitu bentuk persembahan teater yang bersifat kasar dan riuh rendah. Pada awalnya, komedi muzikal dikenali sebagai opera balada dan opera komik. Bentuk persembahan komedi ini berkembang dan menjadi popular di England dan Amerika pada awal kurun ke-20. Persembahan komedi muzikal yang terkenal ialah Hello Dolly, Fiddler on the Roof, dan My Fair Lady manakala komedi yang terbaharu ialah Cats, Miss Saigon, Les Miserables dan The Beauty and The Beast. Contoh tempatan ialah P. Ramlee: The Musical. Lihat juga burlesque, satira. |
water use efficiency | kecekapan penggunaan air | Pertanian | Agroteknologi | 1. Jumlah bahan kering atau bahagian tuaian tanaman yang dihasilkan per unit air yang digunakan. Contohnya, untuk menghasilkan sejumlah hasil tanaman, maka sejumlah air tertentu diperlukan bagi tumbesaran tanaman tersebut. 2. Nisbah kadar fotosintesis berbanding kadar transpirasi tumbuhan. Ia merupakan kuantiti karbon dioksida yang diikat dengan kuantiti air yang hilang dalam proses tersebut. Kecekapan penggunaan air penting pada masa kini dengan perubahan iklim yang sedang berlaku, yang boleh menyebabkan kekurangan sumber air untuk tanaman. Oleh itu, beberapa kaedah penghasilan tanaman yang terbaharu telah diperkenalkan untuk mengatasi masalah kekurangan sumber air ini. Contohnya, untuk mengurangkan penggunaan air dalam tanaman padi, varieti padi yang tinggi kecekapan penggunaan air yang dikenali sebagai padi aerobik, telah diperkenalkan. Singkatan WUE. |
interoceanic canal | terusan antara laut | Sains Marin | Tiada | Alur buatan yang terbuka bagi menghubungkan dua lautan (contohnya Terusan Panama yang menghubungkan Lautan Atlantik dan Pasifik). Projek terbaharu yang bakal dilaksanakan ialah Terusan Nicaragua yang menghubungkan Laut Carribbean dengan Lautan Pasifik. Namun, pembinaan terusan tersebut masih dalam persoalan disebabkan oleh masalah kewangan dan masalah alam sekitar yang dikhuatiri oleh ahli sains kerana pembinaan terusan tersebut mengancam ekosistem Tasik Nicaragua yang juga merupakan kawasan tadahan air yang utama untuk Amerika Tengah. |
foot | ruas | Kesusasteraan | Tiada | Unit rentak atau irama dalam puisi atau prosa; satu bahagian dari satu karangan yang disukat menurut pelbagai bentuk suku kata (panjang dan pendek; yang ditekan dan tidak ditekankan) untuk penganalisisan struktur. Kebanyakan prosa moden ditulis tanpa kesedaran terhadap bentuk yang seumpama itu; puisi terbaharu yang bebas juga tidak disukat menurut sistem ini. Pada peringkat tertentu, prosa klasik dan perkembangan puisi Barat mengikuti juga corak perulangan atau sistem ruas. Variasi ruas dalam karangan menguatkan lagi rentaknya, sementara perulangan ruas dalam sesebuah puisi melahirkan polairama. |
chenille | cenil | Kesenian | Hiasan Dalaman | Benang atau bahan fabrik yang dihasilkan melalui proses yang unik. Cenil berasal daripada perkataan Perancis yang bermaksud ulat bulu. Ahli sejarah tekstil berpendapat bahawa benang jenis cenil merupakan ciptaan terbaharu pada abad ke-18, yang kemudiannya menjadi jalur untuk menghasilkan benang cenil dan yan cenil. |
product development | pembangunan produk | Pengurusan | Perancangan | Strategi untuk meningkatkan jualan melalui usaha memperkenalkan produk atau perkhidmatan baharu di pasaran. Pendekatan pembangunan produk dan perkhidmatan juga boleh dilakukan dengan memperelok dan menambah ciri-ciri pada produk atau perkhidmatan sedia ada. Tujuan pembangunan produk adalah untuk memenuhi perubahan kehendak pelanggan dan pasaran dengan melakukan langkah-langkah penyelidikan dan pembangunan (R&D). Contohnya, sebuah syarikat pengeluar telefon bimbit mengeluarkan model terbaharu yang merupakan penambahbaikan dari model terdahulu untuk keperluan pasaran tertentu. |
agrobiodiversity | agrobiodiversiti | Pertanian | Agroteknologi | Kepelbagaian spesies yang wujud dalam sistem pertanian yang telah terhasil daripada pemilihan dan pembiakbakaan tanaman dan ternakan. Para pengusaha pertanian sejak dahulu lagi sentiasa memilih baka yang baik, seperti yang berhasil tinggi dan memberi kualiti hasil yang diingini. Usaha ini dipercepat dengan pembentukan varieti baharu tanaman dan ternakan yang diusahakan oleh pakar pembiakbakaan dengan menggunakan teknologi terbaharu seperti kejuruteraan genetik. Hasil daripada usaha demikian, maka kepelbagaian varieti dan spesies tanaman dan ternakan meningkat dan menambahkan agrobiodiversiti. |
futurism | futurisme | Kesenian | Seni Bina | Gerakan seni yang bermula di Itali pada awal abad ke-20 yang membawa ciri-ciri rekaan yang bersifat futuristik atau berasaskan masa hadapan. Gerakan ini menitikberatkan tema berkaitan dengan konsep kotemporari masa hadapan seperti ciri kelajuan, teknologi, serta bentuk-bentuk objek terbaharu dan terkini. Pendekatan ini dipraktiskan dalam pelbagai media seni termasuk seni grafik, seni bandar, seni bina, seni hiasan dalaman, lukisan dan muzik. |