yeast | yis | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | Organisma unisel yang termasuk dalam kumpulan kulat. Yis membiak secara pertunasan dan menghasilkan enzim zimase yang menukarkan gula kepada alkohol dan karbon dioksida. Spesies yis Saccharomyces cerevisiae digunakan secara meluas dalam proses penapaian untuk membuat bir, wain, alkohol dan roti. Yis dikenali juga sebagai ragi. |
yeast | yis | Bioteknologi | Tiada | Kulat yang wujud dalam bentuk sel tunggal dan membiak secara pertunasan dan pemisahan. Yis yang penting termasuklah daripada genus Saccharomyces, Klyveromyces, Torulopsis, dan Candida yang digunakan dalam penghasilan alkohol, asid organik, dan enzim, dan yang digunakan sebagai yis roti. |
yeast extract | ekstrak yis | Bioteknologi | Tiada | Bahan yang digunakan sebagai sumber nitrogen dalam perumusan medium, yang dihasilkan melalui proses autolisis atau plasmolisis sel yis roti. Autolisis dilakukan pada suhu. 48oC - 50oC selama beberapa jam, manakala plasmolisis pula dilakukan dalam larutan NaCl. Ekstrak yis terdiri daripada campuran asid amino, peptida, vitamin, dan karbohidrat. |
compressed yeast | yis mampat | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Yis bentuk kek daripada penapisan sel daripada cecairnya, dimampat dan dicampur dengan tepung atau tepung kanji. |
yeast | yis | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Mikroorganisma eukariot bersel tunggal yang terdapat hampir di merata tempat terutama pada substrat yang mengandungi gula seperti buah-buahan dan susu. Ia melakukan penapaian dengan menukar gula kepada karbon dioksida dan alkohol. Banyak spesies yis digunakan dalam industri pembuatan makanan, minuman, enzim, antibiotik, vitamin dan lain-lain. Kebanyakan yis yang digunakan dalam industri adalah daripada genus Saccharomyces. Terdapat juga spesies yis yang merosakkan makanan atau menjangkiti tumbuhan, haiwan dan manusia. |
brewer's yeast | yis pembru | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Yis yang digunakan atau yang sesuai digunakan untuk pembruan. |
brewer�s yeast | yis pembru | Biologi | Mikologi | Nama am bagi Saccharomyces cerevisiae, iaitu yis yang digunakan dalam pembuatan roti, bir, dan tapai. |
yeast artificial chromosome (YAC) | kromosom buatan yis (YAC) | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | Agen pengklonan berasaskan kromosom yis, yang mampu menerima sisipan DNA asing bersaiz besar, namun tidak stabil dan biasanya membentuk kimera. |
proving | mengembang | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Mencampurkan doh roti dengan yis dan kemudian dibiarkan seketika supaya yis dapat bertindak untuk membesarkan doh dua kali ganda. |
fermentation of yeast | penapaian yis | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Proses penguraian bahan organik kompleks, terutama karbohidrat untuk menghasilkan tenaga, melalui tindakan enzim yang dihasilkan oleh yis. |