gendang tingkah (Mal) | gendang tingkah | Kesenian | Tiada | Gendang dua muka berukuran kecil yang terdapat di dalam permainan mak yong, wayang kulit kelantan, main puteri dan silat. Sinonim dengan istilah gendang anak. |
gendang ibu (Mal) | gendang ibu | Kesenian | Tiada | Gendang dua muka berukuran besar yang terdapat di dalam permainan mak yong, wayang kulit Kelantan, main puteri dan silat. |
gendang anak (Mal) | gendang anak | Kesenian | Tiada | Gendang dua muka berukuran kecil yang terdapat di dalam permainan mak yong, wayang kulit Kelantan, main puteri dan silat. |
tiao | tiao | Muzik | Tiada | Sistem mod melodi dalam muzik Cina yang terdiri daripada lima atau tujuh ton. Sistem tiao sama dengan sistem dieu di Vietnam, jo di Korea dan cho di Jepun. Contohnya, chih tiao mempunyai struktur jeda yang sama dengan chuy dieu di Vietnam, ritsu di Jepun, danp'yong-jo di Korea dari segi struktur jeda. |
gendang | gendang | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon. Gendang ialah dram berbentuk tong cembung dan mempunyai dua permukaan kulit yang dipasang pada baluh dengan menggunakan tali rotan. Permukaan kulit ditiunkan dengan menegangkan tali rotan. Pemain meletakkan gendang di atas riba secara melintang dan kedua-dua permukaan kulit dipukul dengan tangan untuk menghasilkan rentak bertingkah. Gendang terdapat dalam dua saiz, iaitu gendang anak bersaiz kecil dan gendang ibu bersaiz besar. Gendang dimainkan dalam pelbagai ensembel, termasuklah wayang kulit, makyong, tarinai, joget gamelan, gendang silat, dan caklempong di Malaysia serta ensembel gamelan di Indonesia. Gendang dikenali juga sebagai klong khaek di Thailand dan kendhang di Indonesia. |