trilogy | trilogi | Kesenian | Drama dan Teater | Kumpulan tiga karya seni yang berkesinambungan yang merupakan drama trilogi Zakaria Ariffin. boleh dilihat sebagai karya tunggal atau tiga karya berasingan. Drama Pentas Opera, Perempuan Seorang Leftenan Inggerisdan Belum Selesai merupakan drama trilogy Zakaria Ariffin. |
sociological novel | novel sosiologikal | Kesusasteraan | Tiada | Novel yang memaparkan masalah sosial atau politik dalam sesuatu masyarakat atau kehidupan. Tekanan persekitaran biasanya mempengaruhi watak dan peristiwa dalam novel ini. Novel sosiologikal juga memaparkan masalah sosiopolitik di samping menyarankan pembaharuan dan perubahan bagi menangani setiap permasalahan tersebut. Contohnya novel bertajuk Empangan oleh Zakaria Ali. Novel ini mendedahkan penindasan golongan korporat gergasi terhadap kelas bawahan dan orang kampung. Lihat juga kritikan sosial. |
comedy | komedi | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk drama yang mengisahkan situasi lucu tentang kelemahan manusia dan kepincangan masyarakat. Komedi merupakan salah satu daripada tiga bentuk drama, selain drama tragedi dan melodrama. Bahan komedi dibahagikan kepada komedi tinggi dan komedi rendah. Komedi tinggi mengutamakan tema yang memerlukan pemikiran dan melahirkan renungan dalam ketawa. Komedi rendah pula bertujuan mencetuskan gelak ketawa melalui jenaka kasar tentang masyarakat bawahan. Jenis komedi yang lain ialah komedi idea (menegaskan idea) komedi intrigue (memperihalkan kesulitan), dan komedi moral (menegaskan perkara akhlak). Contoh drama komedi ialah Raja Lawak oleh Zakaria Ariffin. Lihat juga komedi baru, komedi lama, komedi muzikal, komedi pahit, komedi romantik, komedi satira, komedi sentimental. |
horror story | cerita seram | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang menggerunkan pembaca dan menimbulkan perasaan ngeri. Cerita seram kadangkala serius dan kadangkala bersifat komik. Cerita seram penting dalam sejarah perkembangan cerita pendek, terutamanya berkaitan dengan novel gotik. Dalam cerita seram yang serius, pengarang berupaya mengolah ceritanya melangkaui batasan pengalaman manusia. Contohnya, meneliti alam psikologi yang kacau-bilau, serta mendedahkan beberapa jenis �neraka�. Neraka ditafsirkan sebagai simbol atau keadaan ekstrem yang mencetuskan ketakutan, penderitaan, kehilangan, dan firasat yang buruk. Contoh cerita seram ialah Dracula oleh Bram Stoker. Pengarang moden yang menghasilkan cerita seram termasuklah Stephen King, clive Barker dan Graham masterton. Cerita seram Melayu ialah Siri Bercakap dengan Jin oleh Tamar Jalis dan novel Susuk oleh Nizam Zakaria. |