petrological identification | penentuan petrologi | Sejarah | Tiada | Identifikasi atau penentuan jenis batu dan zamannya dengan melihat keadaan semula jadi batu biru di Stonehange dan Pombrokeshire, kaedah arkeologi dalam tahun 1923 melalui penghancuran batuan dan dikaji kandungan mineralnya untuk diklasifikasikan serta ditentukan peranan dan perbezaan antara batuan dari beberapa tempat untuk dipastikan zamannya. |
contemporary writer | penulis sezaman | Sejarah | Tiada | Penulis yang menulis hal-hal yang berlaku pada masa, tahun dan zamannya. |
الاقرار الحكمى | ikrar hukmiy | Agama Islam | Hadith | Persetujuan Rasulullah s.a.w. terhadap perbuatan yang berlaku pada zamannya yang tidak diketahui secara jelas, sepatutnya baginda mengetahuinya. |
avant-garde art | seni avant-garde | Kesenian | Tiada | Kegiatan atau hasil seni lukis yang dikatakan mempelopori, bereksperimen dan mendahului zamannya. |
l'etude de l'exteriur | kaji wujud lahiriah | Kesusasteraan | Tiada | Mengkaji aspek-aspek luaran sesebuah naskhah. Contoh: keadaan fizikal naskhah, pengarang, masyarakat dan zamannya. |
relative dating | pentarikhan relatif | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Kaedah penentuan umur artifak, budaya dan zaman secara umum. Umur ini ditentukan dengan membandingkan ciri artifak dengan kategori zamannya. Perbandingan ini boleh dilakukan ke atas porselin, arca, epigrafi dan tembikar tanah berdasarkan corak hiasan, langgam seni, gaya tulisan, penjenisan dan kronologi hiasan. Contohnya langgam seni hiasan arca berpengaruh Gupta berumur sekitar abad 9 M hingga 12 M. Sinonim umur relatif. |
metrical analysis | analisis ukuran | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Tumpuan kepada aspek pengukuran terhadap sesuatu artifak dan fitur. Antara sasaran analisis ialah ukuran panjang, lebar, tebal, tipis dan diameter. Kaedah ini dapat menentukan ciri khusus seperti kategori dan zaman kepada sesuatu artifak dan fitur. Contohnya, pengukuran terhadap kapak batu dan kapak batu persegi empat panjang dilakukan untuk menentukan ciri kategori dan zamannya. Analisis ukuran terhadap tembikar tanah dilakukan untuk mengenal pasti fungsinya sama ada sebagai tempat menyimpan atau memasak. |
archaeological evidence | bukti arkeologi | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Data yang diperoleh, dikumpul dan dianalisis hasil gali cari dan survei untuk menentukan fungsi dan peranannya dalam konteks manusia, budaya dan lingkungan. Bantuan sains seperti analisis makmal dan geologi (batuan dan lapisan tanah) digunakan untuk memperoleh data tersebut. Data ini akan menyokong penggunaan dan fungsi sesebuah tapak dan kategori zamannya. Data ini juga dapat menyokong sumber sejarah yang sedia ada. Contohnya, penemuan batu nisan Acheh di Melaka, Johor, Kedah, Perak, Pahang dan Perlis memperkukuhkan pengaruh Acheh di Tanah Melayu sekitar abad ke-15 M � 18 M. |
historical criticism | kritikan historis | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah menganalisis teks dengan melihat sesebuah karya sastera dalam konteks zaman penulisannya. Kaedah ini menstrukturkan kembali iklim pemikiran, ideologi, sistem nilai serta konvensi sosial dan sastera yang menjadi konteks penulis. Kaedah ini bertujuan memungkinkan karya pelbagai zaman menjadi lebih mudah dicapai oleh pembaca moden yang kelak akan lebih menghayati karya tersebut. Tujuan lain adalah untuk melihat karya sebagai artifak sejarah yang mencermintkan ciri-ciri zamannya. Lihat juga historisisme baru. |
distance marker | penanda jarak | Kesusasteraan | Tiada | Elemen teks yang dimanipulsi oleh penulis untuk mengedarkan pembaca. Pembaca disedarkan tentang kehadiran dua dunia yang berbeza, iaitu dunia yang dikenali dan dunia yang tidak dikenali. Penggunaan element teks seperti ini biasanya terdapat dalam karya sains fiksyen dan fantasi. Contohnya, novel bertajuk The Time Machine oleh H. G. Wells. Apabila protagonisnya, iaitu seorang pengembara yang dapat merentasi jarak dan masa, menemui artifak pada zamannya, maka penemuan artifak tersebut merupakan penanda jarak antara dunia kini dengan dunia futuristik. |