inversie/inversion | susun terbalik; inversi | Kesusasteraan | Tiada | Urutan kata yang menyimpang dari kebiasaan dan selalunya terdapat dalam pembentukan sesebuah puisi. Contoh: 'Puteri Zubaidah' menjadi 'Zubaidah Puteri' seperti syair di bawah. Gilang-gemilang cahaya berseri, Laksana bulan empat belas hari, Cantik majlis tidak terperi, Habis menurut Zubaidah Puteri.[hlm 445] |
narration | pengisahan | Kesusasteraan | Puisi | Penceritaan sesuatu, yang berkaitan dengan tokoh legenda dan mitos. Contohnya, Syair Siti Zubaidah dan Syair Dandan Setia. |
climax | puncak | Kesusasteraan | Puisi | Unsur ketegangan atau kerumitan yang terdapat pada puisi� puisi yang mencitrakan sesuatu kisah. Contohnya, "Syair Siti Zubaidah" dan "Balada Hang Tuah" karya Amir Hamzah. Sinonim klimaks . |
chronicle | babad | Kesusasteraan | Puisi | Puisi tradisional yang mengandungi rangkaian tema, persoalan serta peristiwa sejarah tanah air dan pahlawan yang terlibat dalam peperangan. Contohnya, Syair Siti Zubaidah dan Tambo Minangkabau. Sinonim tambo. |
classical | klasik | Kesusasteraan | Tiada | Karya puisi milik sesuatu bangsa yang telah dicetak atau masih dalam bentuk tulisan tangan dan mempunyai nilai sastera yang tinggi. Karya ini dijadikan ukuran untuk menentukan keberhasilan sesebuah karya sezaman atau kemudian daripadanya. Dalam konteks puisi Melayu tradisional, Syair Siti Zubaidah, Syair Perahu dan Syair Perang Makarnr adalah antara syair-syair Melayu yang dianggap klasik. |
formulaic substitutions | substitusi formulaik | Kesusasteraan | Tiada | Sesuatu perkataan yang digantikan untuk disesuaikan dengan acuan yang telah ditetapkan. Contoh: 'raja yang ghani' ditukar kepaa 'raja yang ghana' dalam menulis sebuah baris syair untuk mendapatkan rima akhir yang dikehendaki a-a-a-a. Contoh: Keempat perempuan yang sempurna; Perdana menteri yang bijaksana; Mempersembahkan kepada raja yang ghana; Masa berhimpun di dalam istana. [Syair Siti Zubaidah Perang China, DBP, 1983, hlm9] |
metrical romance | roman matris | Kesusasteraan | Tiada | Naratif tentang pengembaraan dan percintaan golongan bangsawan yang disampaikan dalam bentuk puisi. Roman matris biasanya disampaikan dalam bentuk bertulis. Roman ini biasanya memaparkan latar kembara yang jauh dan eksotik, dengan gambaran peristiwa yang membangkitkan rasa sentimental dan romantis. Dalam budaya Melayu, roman matris banyak ditemui dalam syair. Contohnya ialah Syair Siti Zubaidah, Perang Cina dan Syair Bidasari. Roman matris dikenali juga sebagai puisi naratif. |
narrative poetry | puisi naratif | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang mengandungi cerita atau sebuah cerita yang disampaikan dalam bentuk puisi. Puisi naratif biasanya ditulis secara panjang dan berangkap. Setiap rangkap saling berkaitan sebagai sebuah cerita. Berbanding dengan bentuk prosa, pemaparan cerita dalam puisi naratif mengandungi nilai keindahannya yang tersendiri, khususnya apabila dibacakan secara lisan. Antara bentuk puisi naratif yang biasa ialah epik dan balada. Dalam kesusasteran Melayu tradisional, puisi naratif banyak terdapat dalam bentuk syair, antaranya Syair Siti Zubaidah, Syair Perang Mengkasar, atau Syair Yatim Nestapa. Dalam sastera Arab, puisi naratif ditemui dalam puisi-prosa Sirah �Antarah dan al-Zir Salim. Dalam sastera Parsi, puisi ini terdapat pada karya Shah-nama oleh Daqiqi dan Zafar-nama oleh Hamdu�Llah Mustawfi. |