Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atau

Puisi
 

Burung serindit di sawah padi,
     Habis pulut dimakan tempua;
Tidak sakit atau mati,
     Lambat laun berjumpa jua.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Berketak ayam,
     tahu akan bertelur atau tidak.

Bermaksud :

Orang yang bijaksana itu, apabila mendengar orang bercakap, tahu ia benar atau bohong, berilmu atau tidak.

 

Lihat selanjutnya...(356)

183

Like father, like son

Sifat atau kelakuan anak lelaki lazimnya mengikut sifat atau kelakuan bapanya juga.

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

She married to the most eligible bachelor in town. But now, rumor has it that he intends to marry another girl. She has reason to believe it as he father-in-law used to have four wives! Like father, like son, indeed.

Dia mengahwini jejaka idaman setiap gadis. Namun begitu, kini timbul desas desus bahawa suaminya itu akan berkahwin lagi. Dia terus percaya kerana bapa mertuanya sendiri pernah kahwin empat! Benarlah, bagaimana acuan begitulah kuihnya .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(323)

Bahasa Daerah

KataTakrifBahasa Daerah
anoqsejenis alat pengangkutan beroda atau tanpa roda yang dibuat daripada kayu, berbentuk seperti tangga yang panjangnya kira-kira dua meter, ditarik oleh kerbau atau lembu, digunakan untuk mengangkut barang, padi dan lain-lain.Kedah
antapberkenaan tubuh kanak-kanak yang berat, bertubuh atau gemuk padat, montel; hantap.Kedah
ahiategas dan tidak mudah mengalah (terhadap sesuatu keputusan atau pegangan yang diambil), keras hati.Kedah
apakata bantu yang diletakkan selepas kata ganti nama saya, kami, dia, kamu yang membentuk rangkai kata saya apa (sepa), dia apa (depa), hang apa (hampa) yang membawa maksud semua atau sekalian.Kedah

Kembali ke atas