Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : erti atau maksud (sesuatu perkataan dll): kalau tidak tahu ~ sesuatu perkataan, janganlah gunakan perkataan itu; ~ fungsian (Lin) makna unsur linguistik yg dilihat dr segi fungsi tatabahasanya; ~ kiasan makna kata yg tidak merujuk kpd makna harfiah, tetapi dikiaskan sbg ibarat, mis jambu yg bererti cantik atau lawa; ~ konteks (Lin) makna yg menunjukkan hubungan antara ujaran dgn keadaan; ~ leksikal (Lin) makna kata spt yg terdapat di dlm kamus; bermakna 1. mempunyai (mengandungi) erti, bererti; ~ berbilang mempunyai (me­ngandungi) beberapa erti; 2. penuh tujuan, bermanfaat, penting, bererti: pemberian itu sangat ~ bagi kami; dia merasakan seolah-olah kehidupannya sudah tidak ~ lagi setelah beberapa kali dikecewakan; memaknakan menjelaskan erti (maksud) sesuatu perkataan dll; pemaknaan perihal atau proses memberi makna, pengertian: dlm bahasa Melayu In-donesia masih ada sistem tanda yg ber-hubung dgn raja spt bersantap, beradu, beta yg ~nya tidak sama dgn yg pernah ada sebelumnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : akronim bagi Majlis Kanser Nasional. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : erti sesuatu perkataan dll; maksud: Kita dpt bersembahyang dgn lebih khusyuk jika kita mengetahui ~ bacaan kita itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
makna (kata nama)
Bersinonim dengan erti, maksud, pengertian, takrif, definisi, denotasi, konotasi, tafsiran, takbir, takwil;,
Kata Terbitan : bermakna, memaknakan,

Puisi
 

Pagar besi pagar kota,
     Sampai ke taman bunga;
Abang tak reti adik berkata,
     Abang tak tahu apa makna.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Selauk senasi.

Bermaksud :

Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Satu nyawa dua badan, c. Sejiwa dua tubuh, d. Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran, e. Setikar seketiduran).

 

Lihat selanjutnya...(958)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
wok[w/]kata namagelaran manja biasanya bagi kanak-kanak perempuan.   
uwan[u.wAn]kata namanenek, opah.Uwane totunggu-tunggu kek umah sobab cucue nak datang.[u.wAn.E to.tuN.gu tuN.gu kE/ u.mAh s.bAb tSu.tSu.E nA/ dA.tAN]Neneknya tertunggu-tunggu di rumah sebab cucunya hendak datang.
urek[u.ÄE/kata kerjasukar untuk dikeluarkan, sukar dicabut.Paku tu susah diurek, sobab tolampau dalam masoke ko toreh tu.[pA.ku tu su.sAh di.u.ÄE/ s.bAb t.lAm.pAw dA.lAm mA.s/.E k t.ÄEh tu]Paku itu susah dicabut sebab terlampau dalam masuknye ke teras itu.
upau[u.pAw]kata namabeg duit yang diikat di pinggang.Upau uwan dah ilang, sapo yang ngambek.[u.pAw u.wAn dAh i.lAN sA.p jAN NAm.be/]Upau nenek sudah hilang, siapa yang mengambilnya.
undang[un.dAN]kata nama1. penghulu atau raja dalam luaknya.   
uncah[un.tSAh]kata kerjakacau, ganggu, usik.Jangan ucah budak kocik tu, dio baru tido.[dZA.NAn u.tSAh bu.dA/ k.tSe/ tu di.j b­­A.Äu ti.do]Jangan kacau budak kecil itu, dia baru tidur.
umpok[um.p/]kata namabahagian; ompok.Yang tu umpok kau, ini umpok den.[jAN tu um.p/ kAw i.ni um.p/ dEn]Yang itu bahagian engkau, ini bahagian aku.
umpang[um.pAN]kata adjektiflompang.Kok ado anak gotah yang ompang kek baruh tu, ganti dongan yang baru.[k/ A.d A.nA/ g.tAh jAN m.pAN kE/ bA.Äuh tu gAn.ti d.NAn jAN bA.Äu]Jika ada anak getah yang lompang di baris itu, ganti dengan yang baru.
umpan bocek[um.pAn b.tSE/] satu daripada lagu bongai, iaitu sejenis lagu tradisi Negeri Sembilan yang bermaksud sejenis ikan.   
ulet[u.let]kata adjektiflambat, perlahan biasanya berkaitan dengan tingkah laku.Ulet bona dio buek kojo, ponek den nunggue.[u.lE/ b.nA di.j bu.wE/ k.dZ p.nE/ dEn nuN.gu.E]Lambat benar dia buat kerja, penat saya menunggunya.
12345678910...

Kembali ke atas