Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
monconcong[mn.tSn.tSN]kata adjektifberkenaan bentuk bibir mulut yang terbuka berbentuk bulat kerana kepedasan.Mulute monconcong lopeh makan gulo lado api yang podeh tu.[mu.lut.E mn.tSn.tSN lo.pEh mA.kAn gu.l lA.d A.pi jAN p.dEh tu]Mulutnya monconcong lepas makan gulai cili api yang pedas itu.
loncong[ln.tSN]kata adjektifkosong, tiada lagi, habis.Tadi ponoh bako tu dek buah-buahan, ni dah loncong.[tA.di p.nh bA.k tu dE/ bu.wAh.bu.wAh.An ni dAh ln.tSN]Tadi bakul itu penuh dengan buah-buahan, kini bakul sudah kosong.
tonggong[tN.gN]kata adjektifberkenaan bentuk badan manusia yang besar serta tinggi.Lamo tak jumpo, dah tonggong rupoe kau ni jang.[lA.m tA/ dZum.p dAh tN.gN Äu.p.E kAw ni jAN]Lama tidak berjumpa, sudah besar panjang rupanya engkau.
bononoi[b.n.nj]kata adjektifberkenaan kudis yang berair dan membusuk.Pekung budak tu dah bononoi bawak copek sopita.[p«.kN bu.dA/ tu dAh b.n.nj bA.wA/ tS.pE/ s.pi.tA]Pekung budak itu sudah berair dan busuk, bawa lekas ke hospital.
nonggok[nN.g/]kata kerjaduduk-duduk sahaja.Apo buek nonggok kek situ yo, masoklah.[A.p bu.wE/ nN.g/ kE/ si.tu j mA.so/.lAh]Apa buat duduk-duduk saja di situ sahaja. Masuklah.
topolengong[t.p.lE.NN]kata kerjaterpusing biasanya kepala.Kuek boto ponampae, inggoan topolengong den dibuweke.[ku.wE/ b.t p.nAm.pA.E iN.g.An t.p.lE.NN dEn di.bu.wE/.E]Kuat betul penamparnya hingga terpusing kepala aku dibuatnya.
bogonjeng[b.gn.dZ«N]kata kerjabergurau, mengumpat.Tak abis bogonjeng, kok ado nang monangih kang.[tA/ A.bih b.gn.dZEN k/ A.d nAN m.nA.Nih kAN]Tak habis bergurau, kok ada yang menangis karang.
montuwo montoyo[mn.tuw mn.t.j] adik beradik mentua.Dokek montuwo montoya la, kono bosopan santun.[d.kE/ mn.tu.w mn.t.j lA k.n b.s.pAn sAn.tun]Dekat keluarga mentualah, kena bersopan santun.
londa[ln.dA]kata namaalur, jalur (di tanah), kesan laluan binatang.Tengok londae dah tau bosa ko kocik ulae.[tE.N/ ln.dA.E dAh tAu: b.sA k k.tSE/ u.lA.E]Tengok kesannya sudah tahu besar atau kecil ularnya.
lepoh-lepah[lE.ph.lE.pAh]kata adjektifpenat.Dah lepoh-lepah rasoe menolong kek orang di panonggahan orang kawen tu.[dAh lE.ph lE.pAh ÄA.s.E m.n.lN kE/ .ÄAN di.pA.nN.gA.hAn .ÄAN kA.wEn tu]Sudah penat rasanya menolong di tempat penanggah orang kawin itu.
12345678910...

Kembali ke atas