Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.lur] | الور

Definisi : 1. lekuk memanjang (pd tanah, kayu, dll), lurah; ~ di dlm redang tempat lalu perahu di dlm redang; 2. Mn jalan (aturan adat) yg benar; 3. jalan (aturan, landasan, dsb) yg diikuti ke arah sesuatu matlamat dll: sudah jelas ~ matlamat perjuangan; ~ air aliran air (semacam parit kecil); ~ bibir = ~ hidung lekuk di bibir atas di bawah hidung; ~ kapal riak air di belakang sesebuah kapal yg sedang bergerak, keracak; ~ sungai dasar sungai yg lekuk dalam dan memanjang; ~ tanggam sj lurah sambungan pd perkakas kayu; ~ tenggala alur yg terjadi apabila mem­bajak; ~ tengkuk lekuk di tengkuk; ~ ber­tempuh, jalan berturut prb dilakukan me­nurut adat (kebiasaan yg lazim); beralur 1. ada alurnya, berlekuk, berlurah: laras senapang itu ~; 2. Mn bermesyuarat (mencari jalan yg benar); habis ~ maka beralu-alu prb jika dgn jalan mesyuarat tidak tercapai persetujuan, baharulah digunakan kekerasan; mengalur-alur (menjadi) spt alur; dadanya ~ dadanya spt alur (ia kurus sekali); aluran 1. = alur-aluran lekuk memanjang (di sungai dll); 2. = ~ adat Mn jalan adat yg sebenarnya (yg betul). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lur] | الور

Definisi : lekuk memanjang pd tanah (kayu dsb). ~ air aliran air di kawasan bencah. ~ bibir (hidung) lekuk yg terdapat di antara hidung dgn bibir atas. ~ sungai dasar sungai yg berlekuk dalam. ~ tengkuk lekuk yg terdapat di tengkuk. beralur ada alurnya; berlurah: Bahagian tepi permukaan meja itu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alur

Peribahasa

Tumbuh pada alur sudah diturut;
     tumbuh pada jalan sudah ditempuh.

Bermaksud :

Segala kewajipan menurut adat sudah dikerjakan, sehingga tidak ada yang ketinggalan lagi. alur = maksudnya aturan; ditempuh = dijalani.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
londa[ln.dA]kata namaalur, jalur (di tanah), kesan laluan binatang.Tengok londae dah tau bosa ko kocik ulae.[tE.N/ ln.dA.E dAh tAu: b.sA k k.tSE/ u.lA.E]Tengok kesannya sudah tahu besar atau kecil ularnya.
darang[dA.ÄAN]kata kerjatanah di bahagian bawah bukit (alur di antara dua jurang). (kata nama?)Kok nak dapek landak rayo, tunggu kek darang tu.[ko/ nA/ dA.pE/ lAn.dA/ ÄA.j / tuN.gu kE/ dA.ÄAN tu]Kalau hendak dapat landak raya, tunggu di darang itu.

Kembali ke atas