Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.pi] | اڤي

Definisi : 1 panas dan cahaya yg terjadi apabila sesuatu terbakar; nyala: ~ pelita. 2 panas yg kelihatan berwarna merah tetapi tidak bernyala: ~ rokok. 3 tenaga elektrik; karan elektrik: Rumahnya sudah siap tetapi air dan ~ belum disambungkan lagi. 4 ki perasaan marah, rindu, sayang dsb yg menjadi-jadi; semangat dsb yg meluap-luap: ~ perjuangan; ~ cinta. berapi ada apinya; mengeluarkan api: gunung ~. berapi-api 1 berkobar-kobar; bersemangat: Ucapannya yg ~ itu menaikkan semangat sekalian yg hadir. 2 marah sekali. mengapi-apikan menaikkan semangat; mengobar-ngobarkan: Mereka ~ rakyat negeri itu supaya memberontak. perapian tempat api; keran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[a.pi] | اڤي

Definisi : ; api-api nama sj serangga perosak tanaman yg badannya berwarna kuning kemerah-merahan, Aspidomorpha miliaris. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[a.pi] | اڤي

Definisi : ; api-api beberapa jenis tumbuh-tumbuhan yg tumbuh pd pohon-pohon lain, Avecennia spp.; Viscum spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata api

Puisi
 

Api-api pangkalan tarap,
     Pucuk meluncur dari Labuan;
Laki-laki jangan diharap,
     Bijak memujuk si perempuan.


Lihat selanjutnya...(122)
Peribahasa

Api nan tak kunjung padam.

Bermaksud :

Semangat yang hidup selama-lamanya. kunjung = segera, lekas.

 

Lihat selanjutnya...(49)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
bumin[bu.min]kata adjektif1. gelap gelita.Bilo api padam yo malam tadi, golap bumin sluruh rumah jadie.[bi.l A.pi pA.dAm j mA.lAm tA.di g.lAp bu.min slu.čh Äu.mAh dZA.di.E]Apabila api padam, malam tadi, gelap gulita seluruh rumah jadinya.
moncocoh II[mn.tS.tSh]kata adjektifberkenaan rasa seperti pedas, masam dan lain-lain yang terlampau.Gulai lomak cili api tu moncocoh podehe.[gu.lAj l.mA/ tSi.li A.pi tu mn.tS.tSh p.dEh.E]Gulai lemak cili api itu terlalu pedas.
tekeh[tE.kEh]kata namapemetik api yang menggunakan gas.Tekeh tu dah abih gese, boli yang laen.[tE.kEh tu dAh A.bih gEsE b.li jAN lAEn]Pemetik api itu sudah habis gasnya, beli yang lain.
monconcong[mn.tSn.tSN]kata adjektifberkenaan bentuk bibir mulut yang terbuka berbentuk bulat kerana kepedasan.Mulute monconcong lopeh makan gulo lado api yang podeh tu.[mu.lut.E mn.tSn.tSN lo.pEh mA.kAn gu.l lA.d A.pi jAN p.dEh tu]Mulutnya monconcong lepas makan gulai cili api yang pedas itu.
moncarau[mn.tSA.ÄAw]kata adjektifberkenaan cahaya yang terlalu terang atau berkenaan buah yang terlampau ranum.Api koreto tu moncarau torange.[A.pi k.ÄE.t tu mn.tSA.ÄAw t.ÄAN.E]Lampu kereta itu terlalu terang.
monyunu[m.øu.nu]kata kerjamenjunamkan muncung api dengan tujuan mematikannya.Dio monyunuan rokok tu kek tiang.[di.j m.øu.nu.An č.k/ tu kE/ ti.jAN]Dia menjunamkan muncung rokok itu ke tiang.
monggudak[mN.gu.dA/]kata adjektifberkenaan api yang marak.Unggun tu monggudak apie lopeh disiram minyak geh.[uN.gun tu mN.gu.dA/ A.pi.E l.pEh di.si.ÄAm mi.øA/ gEh]Unggun itu marak apinya selepas disiram minyak gas.

Kembali ke atas