Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.tap] | اتڤ

Definisi : 1. penutup rumah bahagian atas (utk me­lin­dungi penghuni dr hujan dan panas), bum­bung: ~ rumah itu sudah tua; 2. benda yg dibuat drpd sesuatu bahan (spt daun rumbia dll) dipakai utk menutup bahagian atas rumah, bahan yg dijadikan bumbung: ~ genting lebih mahal drpd ~ rumbia; beratap mempunyai (memakai) atap, dibu­buh (dipasangkan) atapnya: pondok itu belum ~; beratapkan mempunyai atau dipasangkan sesuatu (spt rumbia, genting, dsb) sbg atapnya atau bumbungnya: rumah papan ~ genting; mengatap membubuh atap, memasang atap; mengatapi membubuh atap pd, memberi beratap: ~ rumah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.tap] | اتڤ

Definisi : 1 penutup rumah di sebelah atas: ~ rumah ini sudah bocor. 2 sesuatu (spt daun rumbia, genting, zink) yg digunakan utk menutup bahagian atas rumah. beratap mempunyai atap: Rumah yg baru didirikan itu belum ~ lagi. beratapkan memakai atau menggunakan sesuatu sbg atap: pondok yg ~ rumbia. mengatap 1 memasang atap. 2 mencari daun rumbia dsb utk dibuat atap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atap

Puisi
 

Patah atap kerana buluh,
     Atap dijalin dengan tali;
Patah sayap bertongkat paruh,
     Namun undur pantang sekali.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Air cucuran atap,
     jatuhnya kepelimbahan.

Bermaksud :

Sesuatu itu, meskipun sedikit, akan menurut asalnya juga. pelimbahan = tempat air yang kotor.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
bolaeh[b.lAEh]kata namatulang atap di sebelah luar biasanya daripada belahan.Camano nak cucuk atap ni, bolobeh ado, bolaehe pulak tak do![tSAm.mA.n nA/ tSu.tS/ A.tAp ni b.l.bEh A.d b.lAEh.E pu.lA/ tA.d]Macam mana hendak mencucuk atap ini, bolobeh ada, tapi bolaeh tidak ada.
bosarau[b.sA.ÄAw]kata namaberlubang-lubang.Atap rumah tu dah bosarau dek lamo kono tingga.[A.tAp Äu.mAh tu dAh b.sA.ÄAw de/ lA.m k.n tiN.gA]Atap rumah itu sudah berlubang-lubang kerana rumah tersebut sudah lama ditinggalkan.
godobok[g.d.b/]kata adjektifbesar dan pendek.Parang godobok abah, tosolet kek atap sabak.[pA.ÄAN g.d.b/ A.bAh t.s.lEt kE/ A.tAp sA.bA/]Parang gedobok abah, terselit di atap tempat sabak.
bolobeh[b.l.bEh]kata namatulang atap sebelah dalam biasanya dibuat daripada buluh yang dibelah.Kau carik daun rombio, den carik bolobeh, potang kang bolehla kito cucok atap bosamo-samo.[kAw tSA.Äi/ dA.wn čm.bi.j dEn tSA.Äi/ b.l.bEh p.tAN kAN b.leh.lA ki.t tSu.tS/ A.tAp b.sA.m.sA.m]Kau cari daun rembia, saya cari bolobeh, petang nanti bolehlah kita cucuk atap bersama-sama.

Kembali ke atas