Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. bahagian badan di sebalik dada, bahagian yg dianggap sbg lawan hadapan: orang itu kena tikam di ~nya dgn pisau; ~ parang a) bahagian yg tidak tajam (lwn mata); b) Kl orang yg bodoh; ~ tangan lwn telapak tangan; 2. tempat (arah) yg berlawanan dr hadapan: surut ke ~; 3. (pd) masa yg terkemudian (terakhir): ia yg datang paling ~; bayarannya ~ kira; ~ hari kemudian hari (kelak); ~ kapal buritan; ~ parang lagi (kalau) diasah nescaya tajam prb biar bodoh sekalipun, kalau belajar nescaya akan pandai juga; balik ~ lain bicara prb kalau berjauhan, lain perbuatannya (merugikan dll kawan); di belakang 1. di tempat (arah) yg berlawanan dr hadapan: rumahnya ~ rumah saya; ia berdiri ~ pintu; 2. kemudian, kelak, sesudah(nya): kesusahan hitung ~; akan menyusul suratku ~; ~ mata (bila orang) tidak melihat, dgn tidak dilihat orang; ke belakang 1. ke jurusan belakang (surut, mundur, dll): menoleh ~; 2. ke bahagian belakang rumah (ke dapur dll): ia minta diri pergi ~ utk menjemput isterinya; 3. bh buang air besar atau kecil: saya hendak ~ sekejap; mengebelakangkan 1. menempatkan ke belakang, memundurkan: jam itu dikebelakangkan kerana 10 minit cepat jalannya; 2. mensia-siakan, tidak mengendahkan (mempedulikan dll): apabila kau sudah besar dan berpangkat, ibu bapa janganlah dikebelakangkan; terkebelakang, terbelakang 1. ketinggalan, tercicir, kurang maju: aku hendak meninggikan taraf orang kampung yg sangat ~ itu; 2. terakhir, terkemudian: berita yg ~ diterima hari ini;berbelakang-belakangan saling mengarahkan bahagian belakang (tubuh, rumah, dll), lwn berhadap-hadapan: mereka berdiri ~ mempertahankan diri; rumah teres itu ~; membelakang 1. dgn belakang ke (duduk, berdiri, dll): ia duduk ~ ke pintu; 2. berada (tinggal) di belakang: jangan kamu ~ saja; membelakangi 1. mengarahkan belakang kpd, lwn menghadapi: Tahir duduk ~ teman-temannya dlm bilik itu; 2. mensia-siakan, tidak menghiraukan: walaupun ia suka akan kesenangan dunia tetapi tidak pernah ia ~ ajaran Tuhan; belakang-membelakangi saling membelakangi, saling menghalakan belakang kpd yg lainnya: Salmah dan Md. Nor ~ antara satu sama lain;membelakangkan 1. = memperbelakangkan menempatkan di belakang, lwn mendahulukan: saya tidak meminta supaya didahulukan, tetapi saya tidak pula hendak dibelakangkan; 2. mensia-siakan, meninggalkan, tidak menghiraukan: mereka ~ janji; belakangan 1. = kebelakangan = ~ ini sejak masa-masa yg kemudian ini, akhir-akhir ini: pergolakan di Indonesia ~ ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya; 2. kesudahannya, akhirnya, kemudian: mula-mula ia menolak, tetapi ~ menerima juga tawaranku; 3. Jk (lebih) belakang: siapa yg datang ~ tidak mendapat apa-apa;keterbelakangan perihal terbelakang: Raffles mengakui bahawa keadaan ini dianggap sbg ~ intelek penduduk Melayu dan Indonesia; pembelakangan 1. perihal (perbuatan) membelakangi atau membelakangkan; 2. Mn belakang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belakang I

Puisi
 

Ikan sengat ikan sembilang,
     Tebuk belakang ambil hati;
Kus semangat abang seorang,
     Tolak belakang ada ganti.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam.

Bermaksud :

Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lekuk batu dititik air selalu, b. Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga).

 

Lihat selanjutnya...(30)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
monueng-tueng[m.nu.EN.tu.eN]kata kerjamengekori dari belakang.Adek monueng-tueng mano yo, omak poi.[A.de/ m.nu.eN.tu.eN mA.n j .mA/ pi]Adik mengekori dari belakang, ke mana saja emak pergi.
sibak[si.bA/]kata nama1. kaki burung yang dua jarinya ke hadapan dan dua jarinya ke belakang.Burong yang bojari sibak, tak buleh dimakan.[bu.ÄoN jAN b.dZA.Äi si.bA/ tA/ bu.lEh di.mA.kAn]Burung yang dua jari kakinya hadapan dan dua jarinya ke belakang tidak boleh dimakan.
roman[č.mAn]kata namageraham belakang.Gigi Pak Aji tu dah habih sumo, tingga duwo batang roromane yo.[gi.gi pA/ A.dZi tu dA hA.bih su.m tiN.gA du.w bA.tAN č.mAn.E j]Gigi Pak Aji itu sudah habis tanggal, tinggal dua batang geraham di bahagian belakang saja.
nunuk-nanak[nu.nu/.nA.nA/]kata adjektifberkenaan cara berjalan atau berlari yang tidak tentu hal, huyung-hayang.Nunuk-nanak yo di bolakang rumah tu apo dibueke.[nu.nu/.nA.nA/ j di.b.lA.kAN Äu.mAh tu A.p di.bu.wE/.E]Terhuyung-hayang saja di belakang rumah itu, apa dibuatnya..
moncieh[mn.tSi.jEh]kata kerjamengeluarkan peluh dengan banyak.Dek tolalu lamo molambuk tanah di bolakang rumah, moncieh polohe.[de/ t.lA.lu lA.m m.lAm.bu/ tA.nAh kE/ b.lA.kAN Äu.mAh mn.tSi.jEh p.lh.E]Kerana terlampau lama mencangkul tanah di belakang rumah, keluar banyak peluhnya.
langgai[lAN.gAj]kata namakayu palang tempat menyandarkan buluh lemang ketika dibakar.Tolong buekan langgaian lomang kek bolakang rumah tu, lomange dah siap nak baka.[t.lN bu.wE/.An lAN.gAj.An l.mAN kE/ b.lA.kAN Äu.mAh tu l.mAN.E dAh siAp nA/ bA.kA]Tolong buatkan langgaian lemang di belakang rumah itu, lemangnya sudah siap hendak bakar.

Kembali ke atas