Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ha.ti] | برهاتي

Definisi : 1. mempunyai hati: beliau ~ keras dan berpendirian tegas; 2. = ~ berjantung = ~ kemanusiaan = ~ perut berperasaan yg halus, menaruh belas kasihan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ha.ti] | برهاتي

Definisi : mempunyai atau menaruh sesuatu perasaan; berperasaan: ~ keras. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berhati

Puisi
 

Kancingnya tujuh,
     Mengecipuk air di dulang;
Kalau Si Awang berhati sungguh,
     Ambil sebiji dibawa pulang.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Gajah berhati,
     kuman pun berhati juga.

Bermaksud :

Kaya dan miskin sama-sama berfikiran dan bernafsu.

 

Lihat selanjutnya...(21)

6

The apple never falls far from the tree

Sifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya.

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

Although Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that the apple never falls far from the tree. So, be careful.

Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jadi berhati-hatilah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
bocokeng[b.tS.kEN]kata adjektifberhati-hati dalam berbelanja.Anake ramai, gaji kocek, konola bocokeng.[A.nA/.E ÄA.mAj gA.dZi k.tSE/ k.n.lAh b.tS.kEN ]Anaknya ramai, gaji kecil, kenalah berhati-hati dalam berbelanja.
biak[bi.jA/]kata adjektiflecah, becak, berlumpur.Bobaek, jalan tu biak, kang kok tolontang.[b.bAe/ dZA.lAn tu bi.jA/ kAN ko/ t.ln.tAN]Berhati-hati, jalan itu lecah, nanti jatuh terlentang.
caba[tSA.bA]kata adjektifkurang berhati-hati, lalai, leka.Kok caba yo maso bolaja satu apah pon tak dapek.[k/ tSA.bA j mA.s b.lA.dZA sA.tu A.pAh pon tA/ dA.pE/]Kalau lalai semasa belajar, satu apa pun tidak akan dapat.
botompoda[b.tm.p.dA]kata kerjamelakukan sesuatu dengan tidak berfikir.Botompoda la siket, bilo nak boda budak, nanti kok luko, kito yo yang susah.[b.tm.p.dA lA si.kEt bi.l nA/ b.dA bu.dA/ nAn.ti ko/ lu.k ki.t j jAN su.sAh]Berhati-hati sedikit apabila hendak memukul budak, jika luka kita jugak yang susah.
morondi[m.čn.di]kata adjektifperli, sindir.Kau borati-rati bilo bocakap dongan pak sodaro den, dio tu morondi, bukan dikiro dongan sapo dio nak bocakap.[kAw b.ÄA.ti ÄA.ti bi.l b.tSA.kAp d.NAn pA/ s.dA.č dEn di.j tu m.čn.di bu.kAn di.ki.č d.NAn sA.p di.j nA/b.tSA.kAp]Kau kena berhati-hati bila bercakap dengan bapa saudara saya, dia itu morondi, bukan dikira dengan siapa dia bercakap.

Kembali ke atas