Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. benar-benar, sungguh-sungguh: demokrasi ~ diamalkan di sini; 2. sudah sempurna, cukup, benar-benar: biarkan air itu mendidih dan ~ masak; gaulkan ramuan itu sehingga ~ sebati; 3. tepat benar: dia berdiri ~ di hadapan saya; 4. dgn baik dan sempurna, elok-elok: sikat rambutmu ~ supaya kelihatan kemas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tidak main-main; benar; sungguh-sungguh: Petani mesti menjaga dan bekerja ~ supaya padi mereka tumbuh subur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata betul-betul

Puisi
 

Sayang mastali benang mastali,
     Anak patu dikasi makan;
Betul-betul memegang janji,
     Seperti paku lekat di papan.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Diindang ditampi teras,
     dipilih antah satu-satu.

Bermaksud :

Jika hendak mencari isteri, menantu atau pegawai hendaklah diusul periksa betul-betul jangan tersalah pilih.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
sumpet[sum.pEt]kata namabeg yang dibuat daripada daun mengkuang dan diikat di pinggang.Ikek boto-boto sumpet tu kek pinggang, kang ikan kok lopeh.[i.kE/ b.t.b.t sum.pEtò tu kE/ piN.gAN kAN i.kAn k/ l.pEh]Ikat betul-betul sumpit itu di pinggang, nanti ikan kut terlepas.
peta[pE.tA]kata kerjabidik, tenang.Peta boto-boto kek babi tungga tu, poluru tingga suleh.[pE.tA bo.to bo.to kE/ bA.bi tuN.gA tu po.lu.Äu tiN.gA su.lEh]Bidik betul-betul ke babi tunggal itu, peluru tinggal sebutir.
gelinya[g«.li.øA]kata namasubang, anting-anting.Gelinya yang omak boli boto-boto muek kek tolingoe.[g«.li.øA jAN .mA/ b.li bo.to bo.to mu.wE/ kE/ t.li.N.E]Subang yang emak beli betul-betul muat di telinganya.
dake[dA.kEy]kata kerjasusah.Dake boto idupe. Kok tak boto-boto, makan pon tak dapek.[dA.kE bo.to i.dup.E ko/ tA/ bo.to.bo.to mA.kAn pon tA/ dA.pE/]Susah betul hidupnya. Kalau tidak betul-betul, makan pun tidak dapat.
konda[kn.dA]kata adjektifpekat.Ponganan tu dah konda, boto-boto makane, kok dak bawo gigi palsu kek dalam.[p.NA.nAn tu dAh kn.dA bo.to bo.to mA.kAn.E k/ dA/ bA.wo gi.gi pAl.su kE/ dA.lAm]Dodol itu sudah pekat, betul-betul makannya, kalau tidak tertelan gigi palsu.
okap[.kAp]kata adjektiftamak, monopoli.Okap bona budak ini, sumoe nak diambek.[.kAp b.nA bu.dA/ ni su.m.E nA/ di.Am.be/]Tamak betul budak ini, semua hendak diambilnya.
moncikau[mn.tSi.kAw]kata adjektifberkenaan berlari yang laju, pantas; mondodak.Moncikau boto poi ye koreto tu.[mn.tSi.kAw bo.to pi jE k.ÄE.t tu]Laju betul perginya kereta itu.
bodaso[b.dA.s]kata namaberhasil.Bodaso boto den bilo buek kojo tu.[b.dA.s b.t dEn bi.l bu.wE/ k.dZ tu]Berhasil betul apabila saya membuat kerja itu.
bega[bE.gA]kata adjektifdegil, tidak mendengar nasihat, baning.Bega boto budak ni, tak donga cakap orang.[bE.gA b.to bu.dA/ ni tA/ d.NA tSA.kAp .ÄAN]Degil betul budak ini, tidak mahu mendengar nasihat orang.
baning[bA.niN]kata adjektifdegil, tidak mendengar nasihat, bega.Baning boto budak ni, tak donga cakap orang.[bA.niN b.to bu.dA/ ni tA/ d.NA tSA.kAp .ÄAN]Degil betul budak ini, tidak mahu mendengar nasihat orang.
123

Kembali ke atas