Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.di/] | بيديق

Definisi : ; membidik 1. mengarahkan sesuatu (senapang dll) ke sasaran: dia betul-betul sudah ~ batang tubuh salah seorang pengiring musuhnya; 2. mengarahkan pandangan dgn tetap kpd sesuatu; membidikkan mengarahkan kpd; terbidik-bidik terkedip-kedip (mata), terkejap-kejap; pembidikan perbuatan membidik; pembidik alat utk membidik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.di/] | بيديق

Definisi : ; membidik 1 mengarahkan (senapang dsb) ke sasarannya dgn tepat; menenang. 2 memandang dgn tetap dan lurus pd sesuatu benda. membidikkan mengarahkan sesuatu ke. pembidik 1 alat utk membidik. 2 orang yg membidik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bidik


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
bidik[bi.di/]kata kerjabaling.Man bidik ayam tu sojak tadi sobab makan jamoan padi.[mAn bi.di/ A.jAm tu s.dZA/ tA.di s.bAb mA.kAn dZA.m.wAn pA.di]Man membaling ayam itu sejak tadi sebab makan jemuran padi.
peta[pE.tA]kata kerjabidik, tenang.Peta boto-boto kek babi tungga tu, poluru tingga suleh.[pE.tA bo.to bo.to kE/ bA.bi tuN.gA tu po.lu.Äu tiN.gA su.lEh]Bidik betul-betul ke babi tunggal itu, peluru tinggal sebutir.

Kembali ke atas