Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.hong] | بوهوڠ

Definisi : berlainan drpd yg sebenarnya (cerita, keadaan, dll), dusta, karut, palsu: ia membuat pengaduan ~; cakap ~; ~ sunat bp berbohong dlm perkara kecil yg terpaksa dilakukan, yg kononnya bertujuan utk menjaga hati sesuatu pihak, mengelakkan sebarang masalah dsb;berbohong, membohong bercakap bohong, berdusta: dgn Anisah dia tidak pernah ~;membohongi bercakap bohong kpd, mendustai: boleh jadi ia telah ~ aku;membohongkan 1. menganggap bohong, mengatakan bohong; 2. Id menyangkal, mengingkari: dibohongkannya segala keterangan saksi itu;kebohongan perihal bohong, sesuatu yg bohong;pembohongan perbuatan membohong(i) atau membohongkan, pendustaan;pembohong 1. orang yg suka membohong; 2. suka membohong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bo.hong] | بوهوڠ

Definisi : tidak sama dgn hal yg sebenarnya; tidak betul; dusta: Jangan suka bercakap ~. berbohong bercakap atau berbuat bohong: Saya tidak pernah ~. membohongi mengatakan sesuatu yg tidak benar kpd; mendustai: Dia diajar supaya tidak ~ sesiapa pun. membohongkan mengatakan (menganggap) bohong; menyangkal tuduhan dsb; menidakkan: Ia ~ semua tuduhan yg dilemparkan kpdnya. kebohongan sesuatu yg bohong: ~nya itu ketahuan juga akhirnya. pembohongan perbuatan (hal dsb) membohongi atau membohongkan. pembohong orang yg suka berbohong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bohong

Peribahasa

Kayu bengkok,
     masakan lurus bayangannya!

Bermaksud :

Orang yang bercakap bohong tentu tidak dapat dipercayai.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
poluto[p.lu.t]kata adjektifbohong.Kau ni goma buek poluto, sobab tu cakap kau tak didonga kek orang lai.[kAw ni g.mA bu.wE/ p.lu.t s.bAb tu tSA.kAp kAw tA/ di d.NA kE/ .ÄAN lAi:]Kau ini suka buat bohong. Sebab itu cakap kau tidak didengar oleh orang lagi.
kokong[k.kN]kata adjektifbohong, tipu.Galak bona kau kokongkan den, dah limo kali kau janji nak baya kali ini den tak cayo lai doh.[gA.lA/ b.nA kAw k.kN.kAn dEn dAh li.m kA.li kAw dZAn.dZi nA/ bA.jA kA.li ni dEn tA/ tSA.j lAi: dh]Selalu benar kau bohongkan saya, sudah lima kali kau janji hendak bayar, kali ini saya tidak percaya lagilah.

Kembali ke atas