Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[buih] | بوءيه

Definisi : gelembung-gelembung udara pd cecair, busa; kalau pandai meniti ~, selamat badan ke seberang prb kalau keras kemahuan nescaya tercapai maksud; berbuih, membuih mengeluarkan buih, ada buihnya, berbusa: sabun ~ apabila dicampurkan air; ~ mulut ki tidak berhenti-henti memperkatakan (orang, peristiwa, sesuatu hal, dll); membuihkan menjadikan berbuih: air lembut mudah ~ sabun;pembuihan perihal membuih(kan), pembusaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[buih] | بوءيه

Definisi : gelembung-gelembung putih yg terdapat pd benda-benda cair, spt pd air sabun; busa. berbuih ada buihnya: Mulutnya ~ apabila bercakap. membuih mengeluarkan buih; menjadi buih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buih

Puisi
 

Buih putih di air terjun,
     Dara jelita menangguk ikan;
Biar pun kuih bercampur racun,
     Kerana cinta sanggup dimakan.


Lihat selanjutnya...(8)

Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
dobuih[d.buih]kata adjektiftidak mengenai sasaran, sipi.Bilo dio momangkah gaseng, goma bona dobuih.[bi.l di.j m.mAN.kAh gA.seN g.mA b.nA d.buih]Bila dia memangkah gasing, selalu benar tidak mengenai sasaran.
golobuih[g.l.buih]kata adjektifgedoboh, besar, gelembung.Sumo posilat Randai, pakai solua golobuih.[su.m p.si.lAt ÄAn.dAj pA.kAj s.lu.wA g.l.buih]Semua pesilat Randai pakai seluar gedoboh.

Kembali ke atas