Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.kit] | بوکيت

Definisi : kawasan tanah yg tinggi tetapi tidak setinggi gunung; ~ bukau bukit dan lembah; ~ kaki bukit yg rendah di sekitar kaki gunung; ~ pasir timbunan pasir kering yg terbentuk oleh tiupan angin, terutamanya di kawasan gurun; anak ~ bukit kecil; ~ jadi paya, paya jadi ~ prb orang kaya (mulia) jadi miskin (hina) dan sebaliknya (nasib manusia itu tidak tetap); ~lah tinggi, lurahlah dalam prb seseorang yg telah tua dan tidak dapat ke sana sini lagi; berbukit mempunyai bukit; ~ di balik pendakian prb lepas kesusahan mendapat lagi kesukaran; berbukit-bukit mempunyai banyak bukit, banyak bukit dan lembahnya: kawasan itu ~;membukit menyerupai bukit: gelombang yg ~; perbukitan lapisan bumi yg berbukit-bukit, kawasan yg berbukit-bukit: perkebunan teh di ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.kit] | بوکيت

Definisi : ; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), rumput kuran (keladi) Fimbristylis miliacea. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.kit] | بوکيت

Definisi : bahagian bumi yg tinggi tetapi tidak mencapai 1,000 kaki tingginya: ~ bukau bukit dan lembah. berbukit ada bukitnya. berbukit-bukit banyak bukitnya; banyak bukit dan lembahnya. membukit menjadi spt bukit. perbukitan kawasan yg berbukit-bukit; kumpulan bukit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bukit

Puisi
 

Orang Lengging membuat rakit,
     Rakit dibuat kayu nyatuh;
Biarlah anjing menyalak bukit,
     Bukit tetap tidakkan runtuh.


Lihat selanjutnya...(163)
Peribahasa

Bukit sama didaki,
     lurah sama dituruni.

Bermaksud :

Persahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek).

 

Lihat selanjutnya...(36)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
boleng[b.lEN]kata adjektif1. tiada sesuatu di atasnya (bukit yang tidak tumbuh apa-apa), gondol.Bukit tu boleng bilo utane ditobang.[bu.kit tu b.lEN bi.l u.tAn.E di.t.bAN]Bukit itu tiada sesuatu bila hutannya ditebang.
   2. penat, letih.Daki bukit siket yo dio dah hongeh.[dA.ki bu.ket si.ket j di.j dAh h.NEh]Daki bukit sedikit saja dia sudah penat.
gohong[g.hN]kata namalubang, gua.Poncari rotan dari Rombau tososek, tojumpo gohong dalam utan kek Bukit Tujuh Sori Monanti.[pn.tSA.Äi č.tAn dA.Äi čm.bAw t.s.sE/ to.dZum.p g.hN dA.lAm u.tAn kE/ bu.ket tu.dZh s.Äi m.nAn.ti]Pencari rotan dari Rembau; tersesat, terjumpa gua dalam hutan di Bukit Tujuh Seri Menanti
guguk[gu.gu/]kata namaanak bukit.Kok nak leba sawah, guguk tongah sawah tu elok dirato an.[kk nA/ lE.bA sA.wAh gu.gu/ t.NAh sA.wAh tu E.l/ di.ÄA.t.An]Kalau hendak lebar sawah, anak bukit di tengah sawah itu elok diratakan.
dilunggah[di.luN.gAh]kata kerjadiratakan.Buket di tongah sawah tu, abih dilunggah dek budoza.[bu.ket di t.NAh sA.wAh tu A.bih di.luN.gAh dE/ bu.d.zA]Bukit di tengah sawah itu habis diratakan oleh buldoza.
tengkak[tEN.kA/]kata adjektiftempang, pengkar.Sungguh pon tengkak, todayo dio mondaki buket.[suN.guh pon tEN.kA/ t.dA.j di.j mn.dA.ki bu.ket]Sungguhpun tempang, dia berupaya mendaki bukit.
lopan[l.pAn]kata namalembah lereng bukit.Dian kek lopan tu dah rahat, poi tengok.[di.jAn kE/ l.pAn tu dAh ÄA.hAt pi tE.N/]Durian di lembah itu sudah gugur, pergi tengok.
darang[dA.ÄAN]kata kerjatanah di bahagian bawah bukit (alur di antara dua jurang). (kata nama?)Kok nak dapek landak rayo, tunggu kek darang tu.[ko/ nA/ dA.pE/ lAn.dA/ ÄA.j / tuN.gu kE/ dA.ÄAN tu]Kalau hendak dapat landak raya, tunggu di darang itu.

Kembali ke atas