Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.su/] | بوسوق

Definisi : 1. berbau tidak sedap (kerana sudah buruk dll): bangkai yg sudah ~; bau ~; 2. jahat, dengki, khianat; ~ budi tidak baik budi; ~-bangar = ~-lahak sangat busuk; ~ hati jahat hati; ~ kohong Kl sangat busuk; ~ mulut a) nafas berbau tidak sedap; b) suka memaki (memakai perkataan yg kotor-kotor); ~ tak tahu dibaunya prb tidak insaf akan kekurangan dirinya; mana ~ yg tiada berbau prb tiap perbuatan jahat lambat-laun akan ketahuan juga; telah ~ maka dipeda prb sudah terlambat baru dikerjakan; membusuk menjadi busuk: benda-benda organik yg mereput atau ~ spt longgokan sampah;membusukkan 1. menjadikan busuk: cara membuat baja itu ialah mencampurkan tahi lembu dgn rumput atau daun-daun yg dibusukkan; 2. memburukkan (orang dll), memfitnah, mencelakan: dialah yg ~ nama gurunya; tak guna ~ kawan sendiri;kebusukan 1. perihal busuk (berbau tidak sedap): mereka tidak tahan menghidu ~ sampah sarap di situ; 2. perihal busuk (hati): dia tidak mahu memperlihatkan ~ hatinya;pembusukan perihal membusukkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.su/] | بوسوق

Definisi : 1 buruk atau rosak dan mengeluarkan bau yg tidak sedap: Segala jenis bangkai hendaklah ditanam sebelum ~. 2 tidak menyenangkan (bkn bau sesuatu): Baunya ~ spt bau bangkai. 3 tidak baik atau tidak jujur (ttg perangai); jahat: Kerana kecurangannya, pemuda itu telah mendapat nama yg ~. ~ bangar (lahak) sangat busuk baunya. ~ budi tidak elok perangainya. ~ hati jahat hatinya. ~ mulut a. nafasnya berbau busuk. b. suka mengata-ngatai orang atau suka menuturkan kata yg kotor-kotor. membusuk menjadi busuk: Bangkai itu telah mula ~. membusukkan 1 membuat jadi busuk; membiarkan menjadi busuk: Mereka ~ campuran tahi lembu dan daun-daunan itu dlm sebuah lubang. 2 menyebabkan berbau busuk: Kentutnya ~ udara di bilik itu. 3 menyebabkan menjadi busuk; mengaibkan: Kalau engkau berbuat begitu, engkau akan ~ nama keluargamu sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata busuk

Puisi
 

Tikar pucuk tikar mengkuang,
     Tempat nikah raja Melayu;
Ikan busuk jangan dibuang,
     Buat perencah si daun kayu.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Busuk yang tak tahu dibaunya.

Bermaksud :

Orang bodoh atau miskin yang tiada tahu akan kekurangan dirinya. (Peribahasa lain yang sama makna: Buruk tak tahu akan hinanya).

 

Lihat selanjutnya...(27)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
tokumbok[t.kum.bo/]kata kerjatermuntah kerana busuk atau hanyir.Tokumbok den, bilo tobau busuk longkang tu.[t.kum.b/ dEn bi.l t.bA.u bu.su/ lN.kAN tu]Termuntah saya apabila terbau busuk longkang itu.
kohok[k.h/]kata adjektifberkenaan bau yang busuk.Ikan bilih yang kohok tu jangan kau boli.[i.kAn bi.lih jAN k.h/ tu dZA.NAn kAw b.li]Ikan bilis yang busuk baunya itu jangan kau beli.
rahang[ÄA.hAN]kata namalubuk tidak berair tempat buaya tinggal atau menyimpan mangsanya.Rahang tu makoe tompek buayo simpan tangkapane yang idup bia busuk kato Pawang Mael.[ÄA.hAN tu mA.k.E tm.pE/ buA.j sim.pAn tAN.kA.pAn.E jAN i.dup bi.jA bu.su/ kA.t pA.wAN mA/.El]Rahang itu maknanya tempat buaya menyimpan tangkapannya yang hidup biar jadi busuk kata Pawang Mail.
kodu[k.du]kata adjektifbusuk hati.Atie kodu, sanggup diracune ayam orang yang datang kek rumahe.[A.ti.E k.du sAN.gup di.ÄA.tSun.E A.jAm .ÄAN jAN dA.tAN kE/ Äu.mAh.E]Hatinya busuk, sanggup diracunnya ayam orang yang datang ke rumahnya.
bononoi[b.n.nj]kata adjektifberkenaan kudis yang berair dan membusuk.Pekung budak tu dah bononoi bawak copek sopita.[p«.kN bu.dA/ tu dAh b.n.nj bA.wA/ tS.pE/ s.pi.tA]Pekung budak itu sudah berair dan busuk, bawa lekas ke hospital.

Kembali ke atas