[da.ging] | داݢيڠ
Definisi : 1. isi (pd manusia atau binatang) di antara kulit dgn tulang: ~ lembu; ~ kambing; ~ paha daging pd paha; 2. isi buah yg lembut (bahagian di antara kulit dgn biji buah): buah embacang itu tebal ~nya; 3. tubuh manusia (sbg imbangan jiwa dan batin); ~ asap daging yg dikeringkan dan diawet dgn asap; ~ asin daging yg digarami; ~ basah daging yg baru (dr binatang yg baru disembelih); ~ batang pinang daging (lembu, kerbau dsb) lembut dan kurang lemak (berkualiti tinggi) drpd bahagian belakang dan sisi badan di antara tulang rusuk dgn tulang paha; ~ kain susunan benang pd kain; ~ kancing hujung daging yg keras dan liat; ~ menempel ketuat, mata ikan; bangau, bangau minta aku leher, badak, badak minta aku ~ prb iri hati melihat kelebihan orang lain; sebusuk-busuk ~, dikincah dimakan juga prb membersihkan nama kaum kerabat drpd celaan; berdaging 1. mempunyai daging, gemuk; 2. ki kaya; (sudah) tidak ~ lagi sudah kurus benar atau sudah jatuh miskin; mendaging 1. menjadi (spt) daging: isi durian itu sudah mula ~ ayam; 2. mulai sembuh (bkn luka dsb): lukanya sudah mula ~; terdaging 1. sampai ke daging (bkn hirisan dsb); 2. ki sangat melukai hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[da.ging] | داݢيڠ
Definisi : 1 isi badan di antara kulit dgn tulang: ~ lembu ada dijual di pasar. 2 isi buah (spt buah mempelam, durian) yg lembut. ~ batang pinang daging lembu, kerbau dsb yg lembut dan kurang lemak drpd bahagian belakang dan sisi badan di antara tulang rusuk dgn tulang paha. berdaging 1 mempunyai daging. 2 gemuk; berisi. mendaging 1 menjadi tebal isinya (bkn buah-buahan): Isi durian itu sudah mula ~. ~ ayam sudah tebal dan penuh isinya (bkn durian) dan sudah cukup masak. 2 mula sembuh (luka dll): Lukanya belum ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)