Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ki] | داکي

Definisi : I kotoran yg melekat pd badan (pakaian dll); nyamuk ditepuk menjadi ~ prb tidak berfaedah melawan orang lemah, kerugian yg bertimpa datangnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ki] | داکي

Definisi : ; mendaki 1. memanjat (gunung, bukit, dsb): pengembara itu terpaksa ~ gunung dan meredah hutan; 2. menuju ke puncak (gunung, bukit, dsb) atau ke bahagian yg makin tinggi: jalan kecil yg berliku ~ bukit Seri Melaka; 3. makin menaik atau meninggi: memandu kereta mengikut jalan yg ~;mendakikan memanjatkan, menaikkan, me­­maju­kan;terdaki dapat mendaki (didaki): dia tidak ~ bukit yg setinggi itu;pendakian 1. perihal atau perbuatan men­daki, pemanjatan; 2. = dakian tempat yg mendaki (menaik): tidak usah kita tertawa pd waktu turun kerana ~ akan ditempuh pula;berpendakian mempunyai tempat mendaki: di sana akan bertemu alam datar, tidak ~, tidak berpenurunan lagi;pendaki orang yg mendaki; ~ gunung orang yg mendaki gunung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ki] | داکي

Definisi : kotoran yg melekat pd tubuh manusia, pakaian dll: Badannya penuh dgn ~ kerana dia tidak mandi. ~ dunia segala harta benda dunia (wang ringgit, tanah, barang berharga dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[da.ki] | داکي

Definisi : ; mendaki 1 memanjat (bukit, gunung dll): Dia mencuba ~ gunung itu tetapi gagal. 2 makin naik atau meninggi: Utk sampai ke tempat itu, mereka terpaksa mengambil jalan yg ~ dan berliku-liku. terdaki dpt didaki: Bukit yg tinggi itu tidak ~ olehnya. pendakian 1 perbuatan (usaha dsb) mendaki: ~ gunung yg tinggi itu tidak dpt diteruskan. 2 bahagian bukit, jalan dll yg mendaki; lw penurunan. pendaki orang yg mendaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daki

Peribahasa

Tepuk nyamuk menjadi daki.

Bermaksud :

Tak akan mendapat nama baik kalau melawan orang yang lemah. (Peribahasa lain yang sama makna: Menepak nyamuk menjadi daki).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
   2. penat, letih.Daki bukit siket yo dio dah hongeh.[dA.ki bu.ket si.ket j di.j dAh h.NEh]Daki bukit sedikit saja dia sudah penat.

Kembali ke atas