Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.gil] | دݢيل

Definisi : (bersifat) tidak mahu atau tidak mudah menurut kata atau menerima nasihat, keras hati, tegar, keras kepala, kepala batu: budak itu memang degil, makin dilarang makin lagi dibuatnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.gil] | دݢيل

Definisi : tidak mahu menurut kata atau tidak mahu menerima nasihat; keras kepala: Budak itu ~ betul, apa kata ibunya sedikit pun tak diendahkannya. berdegil enggan menurut perintah, nasihat, tegahan dll: Jangan ~ lagi, lekas buat apa yg disuruh oleh guru itu. kedegilan keadaan atau sifat degil; ketegaran: Oleh sebab ~nyalah, maka dia tidak dipedulikan oleh gurunya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata degil

Peribahasa

Bangsar balur liat.

Bermaksud :

Orang yang degil. balur = kulit keras.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
bega[bE.gA]kata adjektifdegil, tidak mendengar nasihat, baning.Bega boto budak ni, tak donga cakap orang.[bE.gA b.to bu.dA/ ni tA/ d.NA tSA.kAp .ÄAN]Degil betul budak ini, tidak mahu mendengar nasihat orang.
baning[bA.niN]kata adjektifdegil, tidak mendengar nasihat, bega.Baning boto budak ni, tak donga cakap orang.[bA.niN b.to bu.dA/ ni tA/ d.NA tSA.kAp .ÄAN]Degil betul budak ini, tidak mahu mendengar nasihat orang.
bogek[b.gE/]kata adjektifterlalu degil, tegar.Kau ni bogek boto, laen disuroh laen dibuweke.[kAw ni b.gE/ b.t lAEn di.su.Äoh lAEn di.bu.wE/.E]Engkau ini sungguh degil, lain yang disuruh, lain pula yang engkau buat.

Kembali ke atas