Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dék] | ديک

Definisi : (dék) Id, bp kain selimut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dék] | ديک

Definisi : (dék) 1. geladak: selepas jam tiga petang, aku duduk di ~ sambil melunjurkan kaki bermalas-malas; 2. (Hut) pelantar tempat kayu balak diturunkan dr lori atau kereta api, biasanya di sisi kilang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dék] | ديک

Definisi : (dék) kerana, oleh: lalu gegak gem-pitalah seluruh isi bumi Malaysia ~ kegigihan pendiayah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dék] | ديک

Definisi : /dék/ lantai kapal atau perahu; geladak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dek

Puisi
 

Terkiok ayam dek musang,
     Ambil hatinya sebelanga;
Janganlah kasih digerusang,
     Biar berungai hendaknya lama.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

Kain rabak tegal dek lenggang awak,
     baju rabik tegal dek lenggok awak,
kopiah pesuk tegal dek lonjak awak.

Bermaksud :

Orang yang suka bermegah-megah akhirnya mencelakakan dan merugikan diri sendiri. rabak = koyak panjang atau lebar; rabik = sobek di tepi, cabik-cabik; pesuk = lekuk.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
rewan[ÄE.wAn]kata adjektifberkhayal.Dek banyak rewan, somo kojo tak jadi.[de/ bA.øA/ ÄE.wAn s.m k.dZ tA/ dZA.di]Dek banyak berkhayal, semua kerja tidak jadi.
ulau[u.lAw]kata kerjamengalas perut.Dek nasek bolum masak, kau dah nak poi, ulau kue ni ha siket.[dE/ nA.se/ b.lom mA.sA/ kAw dAh nA/ pi u.lAw kue ni hA si.ket]Kerana nasi belum masak kau sudah hendak pergi, alas perut dengan kuih ini sikit.
tungka[tuN.kA]kata kerja1. tumbang.Dek tolampau kuek ribut malam tadie, pokok dian dopan rumah tu tungka.[dE/ t.lAm.pAw ku.wE/ Äi.but mA.lAm tA.di.E p.k/ di.jAn d.pAn Äu.mAh tu tuN.kA]Kerana terlampau kuat ribut malam tadinya, pokok durian depan rumah itu, tumbang.
rapah[ÄA.pAh]kata kerjarempuh.Dek tak tau jalane, rapah yo la rimbo tu.[de/ tA/ tAu: dZA.lAn.E ÄA.pAh j lA Äim.b tu]Kerana tidak tahu jalannya, rempuh sajalah hutan itu.
lapon[lA.pon]kata kerjapukul, belasah dengan menggunakan lidi, rotan dan lain-lain; cemat, pedodak, pupuh, tajau.Dek dogeke tu, dio torok kono lapon kek abahe.[de/ d.gE/.E tu di.j t.č/ k.n lA.pon kE/ A.bAh.E]Disebabkan kedegilannya itu, dia teruk dipukul oleh ayahnya.
gomap[g.mAp]kata adjektifgugup atau menggelabah.Dek darah gemuruh, langsung gomap nak menjawab akad, bopuluh kali baru dapek.[dE/ dA.ÄAh g.mu.čh lAN.suN g.mAp nA/ mn.dZA.wAp A.kAd b.pu.luh kA.li bA.Äu dA.pE/]Kerana darah gemuruh, langsung gugup hendak menjawab akad, berpuluh kali baru dapat.
balok[bA.lo/]kata adjektifberkenaan bunyi orang ramai bercakap, bising.Dek tolampau balok kek dapo, Pak Doreh tak donga apo kau kato.[dE/ t.lAm.pAw bA.lo/ kE/ dA.po pA/ d.ÄEh tA/ d.NA A.p kAw kA.t]Disebabkan terlampau bising di dapur, Pak Deris tidak dapat mendengar engkau cakap.
tobuseh[t.b.sEh]kata kerjaterdedah di bahagian perut hingga menampakkan pusat.Dek tolampau leko, porute tobuseh pon dio tak soda.[dE/ t.lAm.pAw lE.k p.Äut.E t.bu.sE pon di.j tA/ s.dA]Disebabkan terlalu leka, perutnya terbuka hingga nampak pusat pun dia tidak sedar.
tobasot[t.bA.sot]kata kerjatembus.Dek lajue damak tu poi, tobasut ko balek nua.[dE/ lA.dZu.E dA.mA/ tu pi t.bA.sut k bA.le/ nuA]Disebabkan lajunya damak itu bergerak, tembus ke sebelah sana.
songkeh[sN.kEh]kata adjektifterlalu kenyang.Dek terlalu songkeh, dio tak bodayo nak bogorak lai.[dE/ t.lA.lu sN.kEh di.j tA/ b.dA.j nA/ b.g.ÄA/ lAi:]Kerana terlalu kenyang, dia tidak berdaya hendak bergerak lagi.
1234567

Kembali ke atas