Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata demam

Puisi
 

Buah putat kukata ulam,
     Bukanlah ulam kulari pulang;
Adinda pucat kukata demam,
     Bukannya demam di hati yang pulang.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Berbaur bagaikan muntah,
     bercerai bagaikan demam.

Bermaksud :

Sanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar. (Peribahasa lain yang sama makna: Jauh bau bunga, dekat bau tahi [= kencing]).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
cegak[tSE.gA/]kata adjektifsihat, subur, segar.Lepas demam duo minggu adek den dah cegak nampake.[l.pEh d.mAm du miN.gu A.dE/ dEn dAh tSE.gA/ nAm.pA/.E]Lepas demam dua minggu adik saya sudah sihat nampaknya.
morangkah[m.ÄAN.kAh]kata adjektifberkenaan badan manusia yang panas.Budak tu, badane morangkah, domam agake.[bu.dA/ tu bA.dAn.E m.ÄAN.kAh d.mAn A.gA/.E]Budak itu, badannya panas, demam agaknya.
sorap[s.ÄAp]kata kerjaberansur sembuh atau kebah.Domam Pak Asim dah sorap siket, esok bolehlah balek.[d.mAm pA/ A.sim dAh s.ÄAp si.ket E.s/ b.lEh.lAh bA.le/]Demam Pak Asim sudah beransur sembuh esok bolehlah balik.
bobaning[b.bA.niN]kata kerjaberjemur.Buek apo bobaning lai, kang kok domam, susah![bu.wE/ A.p b.bA.niN lAi: kAN k/ d.mAm su.sAh]Buat apa berjemur lagi, nanti demam, susah.
egek-egek[E.gE/.E.gE/]kata adjektifpanas yang berlebihan.Jangan maen kek paneh egek-egek, kang kok domam.[dZA.NAn mAEn kE/ pA.nEh E.gE/.E.gE/ kAN ko/ d.mAm]Jangan main dalam cuaca yang amat panas, nanti demam.
mongelat[m.NE.lAt]kata namatanda-tanda mengandung, demam kerana tanda-tanda mengandung.Monantue dah mula mongelat, tak lamo lai dapek lah cucu.[m.nAn.tu.E dAh mu.l m.NE.lAt tA/ lA.m lAi: dA.pE/ lAh tSu.tSu]Menantunya sudah mula menunjukkan tanda-tanda mengandung, tidak lama lagi dapatlah cucu.
doda[d.dA]kata adjektifpanas badan kerana kurang sihat, rasa hendak demam.Doda raso badan ekau ni jang, moh copek kito poi sopita.[d.dA ÄA.s bA.dAn E.kAw ni dZAN mh tS.pe/ ki.tpi s.pi.tA]Panas rasa badan kau ini jang, mari kita pergi hospital.
angka[AN.kA]kata adjektifberkenaan badan dalam keadaan panas kerana kurang sihat atau rasa hendak demam.Angka raso badan ekau ni jang, moh copek kito poi sopita.[AN.kA ÄA.s bA.dAn E.kAw ni dZAN mh tS.pe/ ki.t pi s.pi.tA]Panas rasa badan kau ini jang mari kita pergi hospital.

Kembali ke atas