Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak bercakap (bersuara dll), senyap: Badri ~ sahaja kerana tidak tahu apa yg hen­dak dicakapkan; terbuang dlm ~ di­singkirkan dgn senyap-senyap; 2. tidak ber­gerak-gerak atau berbuat apa-apa: sedangkan benda yg ~ lagi engkau baling tidak kena, inikan pula benda yg bergerak; ~ tak ~ dgn senyap-senyap, tidak diheboh-hebohkan; ~ macam batang kayu ki tidak bergerak-gerak; ~ membatu ki tidak bercakap-cakap (mem­bisu); ~ ubi lagi kental, ~ besi lagi sentil = bukannya ~ penggali berkarat, melainkan ~ ubi berisi prb diam orang yg berilmu itu berfikir, se­mentara diam orang yg bodoh itu sia-sia sahaja; kalau tak bermeriam, baiklah ~ prb orang yg miskin dan lemah itu tidak usahlah banyak kehendak; yg disangka tidak menjadi, yg ~ boleh ke dia prb orang yg bertunangan tetapi akhirnya berkahwin dgn orang lain; sediam sama (spt, macam) senyapnya: mereka diam ~ kuburan di waktu subuh; diam-diam dgn tidak memberitahu orang, secara senyap-senyap, secara sulit: dgn ~ sahaja dia keluar dr negeri Daha; ~ lepu prb pada zahirnya baik dan jujur tetapi sebenarnya jahat dan berbahaya sekali; ~ ubi (berisi) prb pendiam tetapi banyak berfikir atau berpengetahuan; berdiam = ~ diri = berdiam-diam 1. tidak bercakap-cakap (bergerak-gerak dll): mereka berdua ~ sebentar; di dlm berdiam-diam begitu, sebenarnya dia berfikir; 2. ki tidak melakukan sesuatu, tidak mengambil apa-apa tindakan: kita tidak mesti ~ diri, kita mesti membela diri kita sendiri; berdiamkan; ~ diri berdiam diri: ia ~ dirinya barang ke mana diterbangkan oleh burung itu; mendiami tidak menegur (menyapa dll), memulau: kami diami sahaja orang-orang yg membelot kpd persatuan kami; mendiamkan, memperdiamkan 1. mem­buat (menjadikan, membiarkan) diam: ibu ~ adikku yg merengek; 2. menjadikan tidak bergerak, mematikan utk seketika (benda bergerak dll): gelora marah itu di­diam­kannya sahaja; 3. tidak mengendahkan (mem­­pedulikan, ambil tahu, dll), tidak meng­hebohkan: pihak Berikat tidak boleh ~ serangan yg dilakukan oleh pihak Fasis ke atas negara-negara yg kecil; ada pun jika kita perdiamkan perkara ini, nescaya buruk padahnya; terdiam tidak bersuara (bergerak dll) lagi: Datuk Ujang dan polis itu mengangguk lagi tetapi sejurus kemudian ~ semula; melihat guru datang, murid-murid darjah itu pun terus ~; pendiam (orang yg) tidak suka bercakap-cakap: Zaini itu seorang murid yg ~ tetapi lekas dapat menangkap ajaran gurunya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak bercakap (berbunyi, bersuara dll): Semua murid ~ apabila Guru Besar masuk ke bilik darjah. 2 tidak bergerak dan tidak berbuat apa-apa: Semasa kanak-kanak itu ~, eloklah kita ambil gambarnya. ~ membatu tidak bercakap-cakap; membisu. diam-diam 1 tidak memberitahu sesiapa pun; dgn atau secara sulit: Dia berkahwin ~ saja. 2 dgn diam: Budak itu disuruh duduk ~ sementara ibunya memasak. berdiam, = ~ diri 1 tidak bercakap-cakap (bergerak-gerak dll): Dia ~ diri di balik tabir itu semasa polis mencarinya. 2 ki tidak berbuat apa-apa; tidak bertindak: Kita tidak harus ~ terhadap penghinaan itu. mendiamkan 1 membuat (menjadikan) diam: Dia ~ adiknya yg menangis itu dgn memberinya gula-gula. 2 menjadikan tidak bergerak: Dia ~ tangannya drpd menganyam tikar itu sebentar. 3 membiarkan saja; tidak mempedulikan: Didiamkannya saja perkara yg kecil-kecil itu. terdiam terhenti bercakap (bergerak, bersuara dll): Semuanya ~ apabila mendengar pekikan meminta tolong. pendiam orang yg tidak suka bercakap-cakap: Walaupun dia ~, dia bagus dlm pelajarannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diam I

Puisi
 

Bila maharaja diam di hutan,
     Tebu dan jagung rosak binasa;
Lama ditinggal wajah tuan,
     Rindu ditanggung setiap masa.


Lihat selanjutnya...(22)
Peribahasa

Diam-diam lepu.

Bermaksud :

Musuh yang pendiam jangan dipermudah-mudahkan. lepu = ikan laut.

 

Lihat selanjutnya...(35)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
bocorabeh[b.tS.ÄA.bEh]kata kerjabercakap tidak berhenti-henti, berleter.Apo bocorabeh yo kojo kaw ni? Cubolah diam siket.[A.p b.tS.ÄA.bEh j k.dZ kAw ni tSu.b.lAh di.jAm si.kEt]Mengapa tidak berhenti engkau bercakap ni? Cubalah diam sedikit.
koram[k.ÄAm]koramsejenis lebah yang suka diam di tempat yang tersorok.   
ontok[n.tk]kata kerja1. diam.Bilo masok utan tu kang, ekau kono ontok, jangan buwek biseng.[bi.l mA.s/ u.tAn tu kAN E.kAw k.n n.t/ dZA.NAn bu.wE/ bi.seN]Apabila masuk ke dalam hutan itu nanti, engkau kena diam, jangan berbuat bising.
lesek[lE.sE/]kata kerjaberkenaan kanak-kanak yang tidak boleh duduk diam.Jangan lesek bona, kau tu baru bosunat, kang kok bontan.[dZA.NAn lE.sE/ b.nA kAw tu bA.Äu b.su.nAt kAN k/ bn.tAn]Jangan lasak sangat, kau baru bersunat, nanti bentan.

Kembali ke atas