Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata did pak

Puisi
 

Pak Lekup minta sedekah,
     Mari sedekah rumah Pak Gapur;
Bulan cukup abang nak nikah,
     Minta duit belanja dapur.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Malang Pak Kaduk,
     ayamnya menang kampung tergadai.

Bermaksud :

Orang yang benar-benar malang nasibnya, segala sesuatu yang dimilikinya habis belaka.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
sorap[s.ÄAp]kata kerjaberansur sembuh atau kebah.Domam Pak Asim dah sorap siket, esok bolehlah balek.[d.mAm pA/ A.sim dAh s.ÄAp si.ket E.s/ b.lEh.lAh bA.le/]Demam Pak Asim sudah beransur sembuh esok bolehlah balik.
bogolek[b.g.lE/]kata namakenduri kahwin secara besar-besaran.Rumah Pak Ali bogolek sampai duo tigo ari.[Äu.mAh pA/ A.li b.g.lE/ sAm.pAj du.w ti.g A.Äi]Rumah Pak Ali mengadakan kenduri kahwin secara besar-besaran sampai dua tiga hari.
bocongkeh[b.tSN.keh]kata kerjaberborak, berbual-bual.Kok pak lobai ada, moreko bocongkehlah sampai ko pagi.[k/ pA/ l.bAj A.d m.ÄE.k b.tSN.keh.lAh sAm.pAj k pA.gi]Kalau pak lebai ada, mereka berbuallah sampai ke pagi.
roman[č.mAn]kata namageraham belakang.Gigi Pak Aji tu dah habih sumo, tingga duwo batang roromane yo.[gi.gi pA/ A.dZi tu dA hA.bih su.m tiN.gA du.w bA.tAN č.mAn.E j]Gigi Pak Aji itu sudah habis tanggal, tinggal dua batang geraham di bahagian belakang saja.
balok[bA.lo/]kata adjektifberkenaan bunyi orang ramai bercakap, bising.Dek tolampau balok kek dapo, Pak Doreh tak donga apo kau kato.[dE/ t.lAm.pAw bA.lo/ kE/ dA.po pA/ d.ÄEh tA/ d.NA A.p kAw kA.t]Disebabkan terlampau bising di dapur, Pak Deris tidak dapat mendengar engkau cakap.
bokayu boraka[b.kA.ju b.ÄA.kA] gotong royong untuk menyiapkan majlis perkahwinan.Ari ni bokayu boraka kek rumah Pak Aji Maie dek nak mongawenan anake.[A.Äi ni b.kA.ju b.ÄA.kA kE/ Äu.mAh pA/ A.dZi mAiE dE/ nA/ m.NA.wEn.An A.nA/.E]Hari ini bergotong royong di rumah Pak Haji Mail kerana dia hendak mengahwinkan anaknya.
bokampong[b.kAm.pN]kata kerjaberkumpul untuk berbincang atau menentukan pembahagian kerja kepada mereka yang hadir sebelum hari perkahwinan.Kito kono samo-samo bokampong kek rumah Pak Dolah malam esok, sobab diyo nak nikahan anake.[ki.t k.n sA.m sA.m b.kAm.poN kE/ Äu.mAh pA/ d.lAh mA.lAm E.s/ s.bAb di nA/ ni.kAh.An A.nA/.E]Kita kena sama-sama berkumpul di rumah Pak Dolah malam esok kerana dia hendak mengkahwinkan anaknya.
morondi[m.čn.di]kata adjektifperli, sindir.Kau borati-rati bilo bocakap dongan pak sodaro den, dio tu morondi, bukan dikiro dongan sapo dio nak bocakap.[kAw b.ÄA.ti ÄA.ti bi.l b.tSA.kAp d.NAn pA/ s.dA.č dEn di.j tu m.čn.di bu.kAn di.ki.č d.NAn sA.p di.j nA/b.tSA.kAp]Kau kena berhati-hati bila bercakap dengan bapa saudara saya, dia itu morondi, bukan dikira dengan siapa dia bercakap.

Kembali ke atas