Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.sun] | دوسون

Definisi : 1. kampung yg terpencil, dukuh; orang ~ orang kampung (desa); 2. kebun buah-buahan: ~ yg sudah tua tidak lagi dapat mengeluarkan hasil yg memuaskan; berfikiran ~nya itu alam ini, belalang disangkakan helang prb orang yg terlalu sempit (terhad) pengetahuannya; jikalau kerana sebuah ~ maka binasa negeri, harus­lah ~ itu dibuangkan prb orang yg menye­babkan kacau-bilau di sesuatu tempat haruslah dinyahkan; berdusun mempunyai dusun (buah-buahan); pedusunan kawasan dusun, kumpulan dusun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.sun] | دوسون

Definisi : suku kaum di Sabah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.sun] | دوسون

Definisi : 1 kampung yg jauh dr pekan: Saya tinggal di ~ dekat Ulu Kelantan. 2 kebun buah-buahan: Di ~ bapa saya, ada banyak pokok durian dan pokok manggis. pedusunan kawasan atau daerah dusun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dusun

Puisi
 

Api-api tembaga dusun,
     Anak Perlin bergelang kaca;
Bukan mati kerana racun,
     Mati terjelir si ekor mata.


Lihat selanjutnya...(15)

Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
joriang[dZ.Äi.jAN]kata kerjabuah penghujung.Buah dian kek dusun den tingga joriang dah tak banyak lai.[bu.wAh di.jAn kE/ du.sun dEn tiN.gA dZ.Äi.jAN dAh tA/ bA.øA/ lAi:]Buah durian di dusun saya tinggal buah penghujung, sudah tidak banyak lagi.
pundong[pun.doN]kata namapondok (bersifat sementara) yang dibina dalam dusun dan lain-lain untuk berehat.Pundong tempek monunggu dian dibuek totongah duson.[pun.doN tm.pE/ m.nuN.gu di.jAn di.bu.wE/ t.t.NAh du.son]Pondok tempat menunggu durian didirikan di tengah-tengah dusun.

Kembali ke atas