Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[eng.kau] | اڠکاو

Definisi : ganti nama diri kedua (utk orang yg setaraf atau yg lebih rendah, digunakan juga utk Tuhan sewaktu berdoa), kamu, awak, lwn aku; si engkau sl orang yg disebut engkau, orang rendahan: jikalau umpama ~ si aku sekalipun, jika dgn titah tuanku patik sekalian pertuanlah; berengkau menggunakan perkataan engkau apabila bercakap-cakap utk menunjukkan hubungan yg mesra dan tidak formal: tapi baiklah kita menyebut nama dan memakai perkataan biasa saja, ~ berkamu, beraku, sebab begitu lebih mesra rasanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[eng.kau] | اڠکاو

Definisi : kata ganti nama diri kedua (utk orang yg setaraf atau yg lebih rendah kedudukannya tetapi digunakan juga utk Tuhan sewaktu berdoa). berengkau menggunakan kata engkau (sewaktu bercakap-cakap); menyebut kata engkau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata engkau

Puisi
 

Kencang-kencang angin timur,
     Belayar tanah seberang;
Panjang-panjang engkau umur,
     Akan pembalas budi Si Dayang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Aku alah,
     engkau tak menang.

Bermaksud :

Orang bodoh yang tak mahu mengakui kekalahannya. (Bandingkan dengan: Aku alah engkaulah menang).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
leco[lE.tS]kata adjektifberkenaan tubuh badan yang tidak membesar, bantut; bentong.Kok kau tak makan, kau sok kok leco.[ko/ kAw tA/ mA.kAn kAw s/ ko/ lE.tS]Jika engkau tidak makan, nanti badan engkau bantut.
bentong[bEn.tN]kata adjektifberkenaan tubuh badan yang tidak membesar, bantut; leco.Kok kau tak makan, kau sok kok bentong.[ko/ kAw tA/ mA.kAn kAw s/ ko/ bEn.tN]Jika engkau tidak makan, nanti badan engkau bantut.
bogek[b.gE/]kata adjektifterlalu degil, tegar.Kau ni bogek boto, laen disuroh laen dibuweke.[kAw ni b.gE/ b.t lAEn di.su.Äoh lAEn di.bu.wE/.E]Engkau ini sungguh degil, lain yang disuruh, lain pula yang engkau buat.
momese[m.mE.sE]kata kerjabuang air kecil atau kencing.Kau ni momese yo kojoe.[kAw ni m.mE.sE j k.dZ.E]Engkau ini asyik buang air kecil sahaja kerjanya.
umpok[um.p/]kata namabahagian; ompok.Yang tu umpok kau, ini umpok den.[jAN tu um.p/ kAw i.ni um.p/ dEn]Yang itu bahagian engkau, ini bahagian aku.
ompok[m.p/]kata namabahagian; umpok.Yang tu ompok kau, ini ompok den.[jAN tu m.p/ kAw i.ni m.p/ dEn]Yang itu bahagian engkau, ini bahagian aku.
ulah[u.lAh]kata adjektifkerenah; katemeneh, renyah.Ekau ni banyak amek ulah, sumoe kau endak.[E.kAw ni bA.øA/ A.me/ u.lAh su.mo.e kAw «n.dA/]Engkau ini banyak sangat kerenah, semuanya kau hendak.
suarang[su.wA.ÄAN]kata adjektifsama resam, sama hina, sama malu.Malu kau, malu den, itu adat orang suarang.[mA.lu kAw mA.lu dEn i.tu A.dAt .ÄAN su.wA.ÄAN]Malu engkau, malu saya, begitu adat orang seresam.
renyah[ÄE.øAh]kata adjektifkerenah; katemeneh, ulah.Ekau ni banyak amek katemeneh, sumoe kau endak.[E.kAw ni bA.øA/ A.me/ kA.t«.mE.nEh su.mo.e kAw «n.dA/]Engkau ini banyak sangat kerenah, semuanya kau hendak.
coreng[tS.ÄEN]kata adjektifcomot, kotor.Coreng bona muko kaw dek arang, poi basoh![tS.ÄEN b.nA mu.k kAw dE/ A.ÄAN pi bA.sh]Comot sangat muka engkau kena arang, pergi basuh!
123

Kembali ke atas